MENU

FUNGSI BAHAGIAN

Bahagian Belia Sukan Dan Kebudayaan

1. UNIT BELIA

  • Membantu merancang program dan aktiviti belia.
  • Memproses permohonan Ahli Rakan Muda.
  • Merancang dan menganjurkan sukan kepada belia di peringkat tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

2. Unit Sukan

  • Mengenalpasti, mengatur dan melaksanakan program latihan sukan.
  • Mengenal pasti dan menyediakan kemudahan sedia ada.

3. Unit Kebudayaan

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti kebudayaan dan kesenian
  • Menyelaras dan menyedia Program Kelas Mingguan Rakan Muda (Rakan Muda Seni Budaya)

 

Bahagian Masyarakat

1. UNIT JKP

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan program yang berkaitan dengan bidang sosial untuk masyarakat Ampang Jaya samada anjuran pihak Majlis sendiri mahupun secara usahasama dengan badan bukan kerajaan lain.
  • Sebagai pengantara diantara masyarakat dan Majlis dengan memberi perkhidmatan yang mesra dan berintegriti
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ

2. UNIT SOSIAL DAN MASYARAKAT

  • Menyelaras urusan Tanah Perkuburan Islam
  • Melaksanakan program Pelan Tindakan Sosial Local Agenda (LA 21)
  • Melaksanakan program pembasmian kemiskinan

 

Bahagian Pentadbiran

1. Unit Kewangan

  • Memproses semua urusan pembayaran kerja tender, sebutharga atau pesanan tempatan (LO)

2. Unit Logistik

  • Memproses permohonan dan melaksanakan persiapan logistik untuk program dan aktiviti Majlis
  • Merancang dan menyelaras penggunaan semua kenderaan jabatan.

3. Unit Aduan

  • Menyelaras aduan-aduan Jabatan.

4. Unit Pentadbiran Am

  • Mengurus hal ehwal pentadbiran am pejabat.

 

Bahagian Penyelenggaraan Lanskap

1. Unit Pokok Teduhan

  • Menyelenggara landskap pokok teduhan.
  • Memproses pemohonan menebang dan mengalih pokok sedia ada. 
  • Mengurus tapak semaian pokok teduhan

2. Unit Pokok Hiasan

  • Menyelenggara kawasan landskap pokok hiasan
  • Menyulam pokok-pokok hiasan di kawasan landskap sedia ada.
  • Memproses pengembalian wang cagaran penyelenggaraan landskap oleh pihak pemaju.
  • Mengurus tapak semaian pokok hiasan.
  • Mengendali hiasan pentas majlis-majlis rasmi dan hiasan di bangunan-bangunan Majlis

3. Unit Kemudahan Rekreasi

  • Merancang dan menaiktaraf projek kemudahan rekreasi ( taman pemainan kanak-kanak, padang awam dan taman awam).
  • Menyelenggara kawan rekreasi sedia ada ( taman pemainan kanak-kanak, padang awam dan taman awam).

 

Bahagian Pembangunan Lanskap 

1. Unit Pembangunan Landskap

  • Memproses pemohonan kebenaran merancang (kawalan pembangunan landskap).
  • Memberi sokongan untuk pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) bagi pembangunan landskap.

2. Unit Rekabentuk Landskap

  • Merancang, merekabentuk dan melaksanakan pembangunan landskap mengikut keperluan dan kesesuaian.
  • Menrancang dan melaksanakan program kempen menanam pokok