MENU
 

<--pagebreak-- >

JABATAN PENILAIAN DAN PEMBANGUNAN HARTANAH

SENARAI NILAIAN BAHARU 
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Apakah maksud Nilai Tahunan?

 

  • Istilah Nilai Tahunan ditakrifkan di dalam Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu “anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun daripada pegangan berkenaan jika disewakan, dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insuran, penyelenggaraan atau pemeliharaan dan segala kadar dan cukai awam”.

  • Oleh itu, Nilai Tahunan mencerminkan nilai sewa harta dengan anggapan ianya diberi sewa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Di atas sebab-sebab tertentu, sewa yang dibayar untuk unit-unit rumah yang serupa di dalam kawasan yang sama selalunya berbeza kadar sewa yang disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti terdapat pengubahsuaian, kedudukan unit dan keluasan/saiz premis bagi memastikan terdapat kesaksamaan di dalam penentuan nilaian, standard atau asas yang sama digunakan bagi setiap harta pegangan.

Mengapa Senarai Nilaian Baharu ini dilaksanakan?

  • Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menyedia Senarai Nilaian Baharu setiap 5 tahun atau tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Semakan nilai terakhir MPAJ adalah pada tahun 1997 (27 tahun lalu).

  • Pelaksanaan Senarai Nilaian Baharu ini perlu dilaksanakan selaras Keputusan MMKN ke 30/2023 bertarikh 6 Disember 2023 berhubung Cadangan Pengesahan Senarai Nilaian Baharu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pelaksanaan Penguatkuasaan Senarai Nilaian Baharu Bagi Pegangan Di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.

Bagaimanakah pengiraan cukai taksiran?

1.

RUMAH PANGSA KOS RENDAH

SEMASA

BAHARU

SEWA SEBULAN

RM217.80

RM600.00

NILAI TAHUNAN (SEWA SETAHUN)

RM2,613.60

RM7,200.00

% KADAR

5.50%

5.50%

CUKAI

RM143.75

RM396.00

CUKAI PERLU DIBAYAR

RM272.25

PENGURANGAN SEBANYAK

RM123.75

 

2.

RUMAH TERES 1 TINGKAT

SEMASA

BAHARU

SEWA SEBULAN

RM416.67

RM1,270.00

NILAI TAHUNAN (SEWA SETAHUN)

RM5,000.04

RM15,240.00

% KADAR

5.50%

5.50%

CUKAI

RM275.00

RM838.20

CUKAI PERLU DIBAYAR

RM343.75

PENGURANGAN SEBANYAK

RM494.45

Bilakah tarikh iklan Senarai Nilaian Baharu?

Senarai Nilaian Baharu telah diiklankan pada 18 April 2024 melalui 2 surat akhbar iaitu Berita Harian dan New Strait Times. Nombor rujukan warta bertarikh 16 April 2024 nombor rujukan MPAJ.100-1-19/6-P.U.SEL.AM.0160/30 Jld 2.

soalan lazim nilaian baharu

Dimanakah semakan Senarai Nilaian Baharu boleh dibuat?

Pemilik atau mana-mana ejen boleh membuat semakan Senarai Nilaian Baharu di Lobi, Aras 4, Menara MPAJ tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Adakah pemilik boleh mengemukakan bantahan?

Pemilik menerima Notis Senarai Nilaian Baharu boleh mengemukakan bantahan secara bertulis sebagaimana Seksyen 142(1), Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan:

“Seseorang yang terkilan boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tempatan atas mana-mana daripada alasan yang berikut“ :

(a) bahawa sesuatu pegangan dikenakan cukai melebihi kadar yang sepatutnya;

(b) bahawa sesuatu pegangan tidak boleh dikenakan cukai;

(c) bahawa sesuatu pegangan didapati tertinggal untuk dikenakan cukai;

(d) bahawa sesuatu pegangan dikenakan cukai kurang dari yang sepatutnya;

(e) bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan dikenakan cukai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dikenakan cukai secara lain”.

Bagaimanakan pemilik boleh mengemukakan bantahan?

Pemilik boleh mengemukakan bantahan secara bertulis selewat-lewatnya 15 Mei 2024 kepada alamat berikut :

Yang Dipertua 
Majlis Perbandaran Ampang Jaya, 
Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, 
Pandan Indah, Selangor 55100 Kuala Lumpur.

<--pagebreak-- >
CUKAI TAKSIRAN

Apa Itu Cukai Taksiran?

  • Merujuk Sek 2 - Akta Kerajaan Tempatan 1976 Cukai Taksiran atau yang dikenali Cukai Pintu/Assesment Rate merupakan cukai yang dikenakan ke atas harta yang berada dalam kawasan majlis termasuk. 
     
    1. Bangunan Kediaman
    2. Bangunan Perniagaan/Komersil
    3. Bangunan Industri
    4. Lot Tanah yang dikeluarkan hakmilik/geran
Bagaimana cara Taksiran ditentukan?
  • Cukai Taksiran ditentukan berdasarkan formula

                Nilai Tahunan x Kadar (%) = Cukai Taksiran Contoh : Nilai Tahunan RM 4,800.00 (Kediaman) Kadar 5.5% Cukai Taksiran                  RM 264.00 (Setahun)

Apa yang dimaksudkan dengan Nilai Tahunan?

  • Nilai Tahunan adalah anggaran kasar sewa setahun yang diperoleh oleh sesebuah harta jika ianya disewakan.

                Contoh : Sewa RM 400.00 Setahun 12 Bulan Nilai Tahunan RM 4,800.00

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar?

  • Kadar merupakan peratusan sebahagian dari Nilai Tahunan yang ditetapkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi Menentukan cukai yang perlu dibayar. Kadar yang telah ditetapkan bagi penentuan Cukai Taksiran Pegangan di MPAJ adalah seperti di bawah :

             Kediaman 5.5% Perniagaan/Komersial 6.6% Industri 7.15% Kampung (Rezab Melayu) 1.1% Tanah Pertanian 1.1%

Mengapa Cukai Taksiran dikenakan?

  • Cukai taksiran merupakan hasil cukai bagi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang digunakan bagi pelbagai perkhidmatan merangkumi :

              - Penyelenggaraan infrastruktur (longkang,jalanraya,lampujalan - Membayar bil TNB (lampu jalan awam)                                            - Pembersihan  jalan & kawasan lapang

Adakah pengecualian cukai taksiran boleh dipertimbangkan?

  • Berdasarkan Seksyen 134, Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan Cukai Taksiran Boleh dipertimbangkan pengecualian apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagian digunakan semata-mata :                                                - sebagai tempat awam untuk sembahyang - sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen                  - bagi sekolah awam                                                                                                                                                                                  -- sebagi tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus.

Apakah Notis Kenyataan Senarai Nilaian?

  • Merupakan notis yang dikeluarkan sekurang-kurangnya 30hari sebelum tarikh cukai dikuatkuasa bagi memaklumkan Nilai tahunan bagi sesebuah harta terlibat dengan pindaan baru ditentukan dan akan dikuatkuasakan.

Apakah peranan pemilik selepas menerima notis tersebut?

  • Bagi pemilik yang tidak berpuashati boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada PBT dalam tempoh yang ditetapkan dan setiap bantahan yang layak akan didengari sendiri oleh PBT melalui Mesyuarat Jawatan kuasa Mendengar Bantahan.

Bila keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Taksiran diperolehi oleh pemilik?

  • Keputusan Mesyuarat akan dikeluarkan selewat-lewatnya 2 bulan selepas mesyuarat mendengar bantahan cukai taksiran bersidang secara bertulis dan pemilik diminta untuk menjelaskan terlebih dahulu cukai yang dikenakan sebelum sebarang pelarasan dilakukan tertakluk kepada keputusan mesyuarat yang dikeluarkan.

Bolehkah pemilik mengemukakan rayuan ke atas keputusan yang telah diputuskan dan bagaimana ?

  • Bagi pemilik yang masih belum berpuashati boleh mengemukakan usul permulaan ke mahkamah tinggi dalam tempoh 14hari selepas penerimaan keputusan tersebut.Keputusan peringkat mahkamah persekutuan merupakan keputusan terakhir dan iannya adalah muktamad.
<--pagebreak-- >

BAGAIMANA CARA JIKA INGIN MEMBUAT PENGUBAHSUAIAN RUMAH?

Apakah prosedur bagi tempahan penggunaan sesuatu majlis di Dewan dan Auditorium MPAJ?

Pihak tuan/puan perlu menghadirkan diri ke Pejabat MPAJ bagi menyemak tarikh yang dikehendaki samaada masih kekosongan atau telah ditempah.Pada masa yang sama pihak tuan boleh mendapatkan Borang Tempahan Kelulusan serta-merta sekiranya tiada sebarang tempahan.

Apakah jenis bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan bagi tempahan penggunaan sesuatu majlis di Dewan dan Auditorium MPAJ?

Terdapat 2 jenis bayaran yang perlu dijelaskan iaitu :
 

                    a) Cagaran sewa dewan : RM500.00 bagi dewan berhawa dingin.
                         RM100.00 bagi dewan tiada hawa dingin.
                    b) Sewa dewan : RM250.00/jam bagi dewan berhawa dingin.
                         RM100.00/jam bagi dewan tiada hawa dingin.

Bolehkah saya membuat tempahan dewan dan auditorium melalui telefon?

tidak, melalui telefon pemohon hanya boleh menyemak kekosongan tarikh tersebut tetapi bukan bagi tujuan tempahan kerana kelulusan tempahan hanya dibuat di Pejabat MPAJ sahaja dan pihak tuan perlu membuat bayaran cagaran sewa dewan selepas tempahan.

Bilakah saya boleh menuntut wang cagaran sewa dewan?

Pihak tuan boleh membuat tuntutan wang cagaran tersebut kepada majlis selepas tarikh penggunaan dengan mengisi Borang Tuntutan di kaunter Perkhidmatan Aras 4, Menara MPAJ atau di kaunter Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah, Aras 12 Menara MPAJ pada waktu pejabat.

Berapa lamakah tempoh proses bagi tuntutan pemulangan cagaran sewa dewan?

Tempoh proses bagi tuntutan pemulangan cagaran sewa dewan adalah tempoh 2 minggu bekerja dengan syarat permohonan adalah lengkap.

Adakah wang cagaran saya akan dikembalikan sepenuhnya?

Pihak Majlis akan mengembalikan wang cagaran sewa dewan sepenuhnya kepada penyewa sekiranya penyewa mematuhi peraturan dan syarat-syarat penggunaan dewan seperti :

            a) Kebersihan semasa dan selepas penggunaan adalah memuaskan pihak Majlis.
            b) Tiada sebarang kerosakan yang dibuat dalam tempoh masa penyewaan tersebut.

Jika saya ingin membatalkan tempahan sewa dewan adakah cagaran sewa dewan saya akan dipulangkan?

Setiap pembatalan tempahan sewa dewan hendaklah dimaklumkan kepada Pihak Majlis secara bertulis selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh penggunaan dan cagaran sewa dewan akan dipulangkan. Sekiranya pembatalan tersebut dimaklumkan dalam tempoh kurang 30 hari tersebut, cagaran sewa dewan tersebut TIDAK akan dipulangkan.

Bagaimana cara jika saya ingin membuat tempahan gelanggang badminton di Dewan MPAJ?

Pemohon boleh membuat tempahan penggunaan gelanggang badminton melalui sistem online ICOMM atau datang sendiri ke Pejabat MPAJ dan kelulusan tempahan adalah serta merta. Kadar sewa bagi penyewaan gelanggang badminton adalah sebanyak RM10.00/jam bagi setiap gelanggang.

<--pagebreak-- >

SEWA GERAI

Apakah prosedur bagi permohonan sewaan gerai Majlis?

Pemohon perlu mendapatkan Borang Permohonan Gerai / Bazar/ Medan Selera/ Kompleks Muhibbah di Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah, Aras 12 Menara MPAJ. Pemohon perlu membawa bersama salinan k/pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport. Pihak Majlis akan mengadakan temuduga berdasarkan permohonan dan kekosongan gerai majlis.

Berapakah sewa sebulan bagi penyewaan gerai majlis?

Sila Rujuk Buku Panduan Pemohonan Medan Selera/ Bazar/ Pasar/ Kompleks Muhibbah/ IKS Milik MPAJ Di Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah, Aras 12, Menara MPAJ.

Bagaimanakah untuk saya mengetahui sama ada saya berjaya dalam temuduga sewa gerai tersebut?

Pihak Majlis akan memaklumkan keputusan temuduga tersebut dalam tempoh 14 hari bekerja selapas tarikh temuduga melalui telefon bersama surat tawaran yang akan dikeluarkan.