MENU
 

Jabatan Hasil

Apa itu cukai taksiran?

 

Cukai taksiran atau cukai pintu adalah cukai yang dikenakan terhadap semua pegangan atau harta tanah di kawasan MPAJ. Kuasa untuk mengenakan cukai taksiran atau cukai pintu adalah selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengenakan kadar ke atas pegangan-pegangan-pegangan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

Jenis harta apakah yang dikenakan cukai taksiran?

Semua pegangan persendirian seperti bangunan kediaman, bangunan komersial, bangunan industri, tanah pertanian dan termasuk tanah kosong/lot tanah yang belum dibangunkan.

Adakah tanah kosong juga dikenakan cukai taksiran?

Ya,tanah kosong yang bermilik TIDAK dikecualikan daripada cukai taksiran.

 

Mengapa cukai taksiran dikuatkuasakan?

 

Cukai taksiran dikuatkuasakan bagi:                                                                                                                                                                                                                           

a. Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, pembersihan jalan, parit dan pemotongan rumput.

b.  Pembinaan   dan   penyelenggaraan infrastruktur seperti   jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar.                       

c. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan.                                                                                          

d. Pembangunan dan penyelenggaraan  kemudahan awam  seperti  dewan orang  ramai,  tandas   awam,  pasar  padang   permainan  kanak -      kanak, tempat rekreasi dan sebagainya.

e. Pelaksanaan program-program Majlis yang melibatkan warga MPAJ.

Berapa kali bil cukai taksiran dikeluarkan dalam setahun dan bila ianya patut dibayar?

 

Merujuk kepada Seksyen 133 Akta 171, Cukai taksiran hendaklah dibayar tiap-tiap setengah tahun (2 kali setahun)

a.    Setengah  tahun  pertama  (Januari-Jun) tarikh  akhir  bayaran  adalah      sebelum @ pada akhir bulan  Februari setiap tahun.  

b.    Setengah tahun kedua (Julai - Disember) tarikh akhir bayaran adalah sebelum atau pada akhir bulan  Ogos setiap tahun.

 

Bagaimana saya hendak menukar alamat surat menyurat bagi bil saya?                        

 

Pemilik boleh memaklumkan kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta,   MPAJ melalui  surat  atau e-mel sekiranya ingin menukar alamat pos bagi tujuan penghantaran bil cukai  taksiran atau ke Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4 , Menara MPAJ.

 

Borang Kenyataan Pindaan Maklumat / Alamat surat menyurat  boleh di muat turun dari  Laman Web MPAJ melalui  http://www.mpaj.gov.my

 

 

Adakah cukai taksiran dikenakan ke atas pegangan yang kosong dan tidak didiami? Perlukah saya membayar  cukai bagi rumah yang kosong?

 

Ya, Cukai kena dibayar ke atas semua pegangan samada diduduki atau tidak. Walaubagaimana pun, jika bangunan tersebut kosong, pemilik boleh memohon tuntutan remisi ke atas tempoh kekosongan tersebut mengikut syarat dalam borang permohonan remisi. Borang permohonan boleh didapati di:                                                                                    

a. Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta. Aras 12, Menara MPAJ

b. Kaunter Khidmatan Pelanggan Aras 4, Menara MPAJ.

c. Muat turun dari www.mpaj.gov.my

 

Dimanakah saya boleh menyemak  jumlah bayaran cukai taksiran?

Semakan boleh dibuat dengan melayari:

 

a.   ICOMM di Laman Web MPAJ;                                                                                                                

b.   Kaunter Khidmat  Setempat, Aras 4, Menara   MPAJ;   atau                                                                                                                                                                          

c.    Kaunter Bayaran Pejabat Cawangan Taman Melawati 

 

Apakah kaedah bayaran yang boleh dilakukan untuk bayaran cukai taksiran?

 

Bayaran boleh dibuat secara :

  1. Tunai
  2. Cek atas nama 'MPAJ'
  3. Wang Pos
  4. Kad Kredit (Master dan Visa)                                                                                                            
  5. Internet Banking                                                                                                                                                                                                   
  6. icomm.mpaj.gov.my
  7. Auto debit Citibank :  www.citibank.com                                                                                                                                                                                                                            
  8. I-TAP (Bank Islam (M) Bhd)
  9. Aplikasi icomm
  10. Maybank auto debit

 

Bil Cukai Taksiran boleh dicetak melalui perkhidmatan dalam talian (Online) dengan mendaftar di ICOMM, atau hadir ke Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4 Menara MPAJ dengan membawa salinan bil cukai taksiran, alamat harta dan / atau nombor akaun cukai taksiran.

 

 

Apakah perbezaan bil cukai taksiran warna biru dan merah ?

 

 

  1. Bil warna biru adalah untuk jumlah bagi tempoh semasa.
  2. Bil warna merah adalah notis lewat bayar dan telah dikenakan denda.

 

 

Saya ada bil cukai taksiran terkini dan bagaimana boleh dibayar tanpa perlu ke MPAJ ?

 

 

  1. Menggunakan cek  atau  wang  pos /  kiriman  wang  dan  pos  ke  alamat MPAJ.
  2. Internet  banking
  3. Bayaran tunai  di  Pejabat  Pos dalam Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja.
  4. Bayaran   tunai  di  Pejabat  Tanah  Selangor  dan   PBT  dalam  Selangor sahaja.

 

 

Berapakah denda maksimum boleh dicajkan kepada saya sekiranya lambat membayar cukai taksiran ?

 

Jawapan : Denda sebanyak RM 20.00 bagi setiap penggal

 

Apakah MPAJ boleh lakukan sekiranya pemilik atau penghuni gagal menjelaskan cukai taksiran ?

 

Jawapan : Mengikut Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976, MPAJ boleh menyita apa-apa harta mudah alih.