MENU
 

UNIT VEKTOR, BAHAGIAN KESIHATAN

Apakah yang menyebabkan berlakunya demam denggi?

Virus denggi

  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

Terdapat dua  (2) jenis Demam Denggi iaitu Demam Denggi Klassikal (DD) dan Demam Denggi Berdarah (DDB).

Apakah jenis nyamuk yang membawa virus denggi?

Nyamuk Aedes

  • Nyamuk Aedes berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 hingga 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah). Seseorang pesakit yang telah mendapat denggi akan menjadi pembawa sepanjang hayat.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

  • Lindungi diri dari gigitan nyamuk
  • Elak dari berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan alat penyembur serangga

Kenapakah semburan kabus dilakukan dan Bilakah Semburan Kabus (Fogging) Dilakukan?

Semburan kabus (fogging) dilakukan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak.

Dilakukan pada waktu awal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk aktif menggigit pada waktu tersebut.

Apakah Tindakan Penghuni Rumah Semasa Semburan Kabus (Fogging) Dilakukan?

Bagi semburan kabus yang menggunakan mesin "Thermal Fogger" yang dikendalikan oleh seorang anggota, dinasihatkan supaya mengosongkan premis/rumah, menutup semua tingkap dan pintu kecuali pintu hadapan, menutup atau menyimpan makanan dalam almari atau peti sejuk.  

Bagi semburan kabus yang menggunakan mesin ULV atau "Ultra Low Volume" yang biasa di bawa oleh kenderaan (seperti pick-up truck) dinasihatkan supaya membuka pintu dan tingkap, menutup semua tingkap dan pintu kecuali pintu hadapan, menutup atau menyimpan makanan dalam almari atau peti sejuk.  

Apakah Penyakit Rabies?

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.

Bagaimana penyakit Rabies boleh berjangkit

Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

Apakah gejala-gejala yang dialami oleh individu yang dijangkiti Rabies?

Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.

Garis panduan permohonan lesen anjing bertuan di MPAJ

 

Berdasarkan Undang–Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPAJ) 2007.

 

Bagaimana Bahagian Kesihatan melaksanakan program kawalan tikus

 

Bahagian Kesihatan merancang dan mengatur program kerja-kerja kawalan dan penghapusan tikus setiap tahun. Di mana semua kawasan sasaran dijadualkan mengikut masa bersesuaian. Kawasan berisiko tinggi mempunyai jadual kerja yang lebih kerap berbanding kawasan risiko rendah

Apakah itu penyakit Leptospirosis ?

Leptospirosis adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira icterohaemorrhagiae yang terdapat dalam ginjal tikus dan keluar melalui air kencing tikus. Leptospirosis menjangkiti manusia melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kencing tikus dan aktiviti berenang dalam air yang tercemar dengan bakteria tersebut.

Apakah faktor yang boleh menyebabkan penyakit Leptospirosis?

Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan dijangkiti leptospirosis termasuklah aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai.

 

Apakah langkah kawalan tikus?

Menyimpan bahan makanan dalam logam atau bekas kaca  dan berpenutup.

Sentiasa menjaga kebersihan dalam rumah dan di sekitar kawasan perumahan atau kawasan komersial.

Meletakkan plastik sampah sisa-sisa makanan di dalam tong sampah berpenutup untuk menghalang tikus daripada mendapatkan sumber makanan.

Menjaga kebersihan kawasan persekitaran supaya bebas daripada sampah sarap yang menjadi punca pertambahan populasi tikus.