MENU
 

<--pagebreak-- >

ENDOWMEN MPAJ

Apa itu Endowmen MPAJ

Endowmen MPAJ merupakan suatu dana sumbangan atau derma ikhlas dan sukarela daripada pebagai pihak yang akan dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat umumnya.
 
Endowmen MPAJ juga merupakan salah satu cara untuk kita berkongsi rezeki bersama bagi membantu mereka yang memerlukan melalui konsep Rahmatan Lil’Alamin (Rahmat untuk seluruh alam).

Takrifan dan punca kuasa Endowmen

Endowmen adalah sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai, saham, tabung pelaburan atau harta modal atau dalam apa-apa bentuk yang cara-cara penggunaannya telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah MPAJ dan lunas-lunas perundangan negara.
 
Seksyen 39 (d),  Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memperuntukan :-

“ Hasil sesuatu pihak berkuasa tempatan adalah terdiri daripada :

(d)  Semua hasil lain yang terakru kepada pihak berkuasa tempatan itu daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau daripada mana-mana badan berkanun, pihak berkuasa tempatan lain atau daripada mana-mana punca lain sebagai pemberian,  sumbangan, derma kekal (endowmen) atau lain-lain. “

Endowmen MPAJ dan kaitannya dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs)

SDGs merupakan teras agenda 2030 bagi pembangunan mampan yang dipersetujui oleh ketua-ketua negara dan masyarakat antarabangsa pada 25 September 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 17 Teras SDGs ini berkaitan integrasi dan keseimbangan dalam tiga dimensi pembangunan mampan iaitu merangkumi sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam pelaksanaannya di peringkat pihak berkuasa tempatan.
 
MPAJ mengenal pasti keutamaan dan memberikan tumpuan kepada perkara-perkara berikut untuk mencapai hasrat pembangunan sosial, alam sekitar dan ekonomi di MPAJ:
 

SDG 1 :   Tiada Kemiskinan

  • Membasmi kemiskinan dalam apa-apa bentuk di semua tempat.

SDG 2 :   Kelaparan Sifar

  • Mengakhiri kelaparan, mencapai keselamatan makanan dan meningkatkan nutrisi dan mempromosi pertanian yang   mampan.

SDG 3:    Kesihatan Baik dan Kesejahteraan

  • Memastikan kesihatan dan kesejahteraan bagi semua umur dipromosikan.

SDG 4:    Pendidikan Berkualiti

  •  Memastikan Pendidikan berkualiti inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk  semua.

SDG 8:    Pekerjaan Baik Dan Pembangunan Ekonomi

  • Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lestari, inklusif dan kukuh, guna tenaga kerja yang penuh dan baik serta produktif untuk semua.

SDG 9:    Industri, Inovasi Dan Infrastruktur

  • Membangunkan infrastruktur yang berdaya tahan, menggalakkan perindustrian yang inklusif dan lestari serta inovasi untuk semua.

SDG 11:    Bandar Dan Masyarakat Mampan

  • Memastikan bandar dan penempatan manusia yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari.

SDG 13:      Tindakan Iklim

  • Mengambil tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim dan kesannya.

Saluran sumbangan kepada Endowmen MPAJ

4.1     Potongan gaji (kakitangan MPAJ sahaja)
4.2     Sumbangan tunai / kad kredit / kad debit / e-dompet / dalam talian.
4.3     Sumbangan melalui peti sumbangan.
4.4     Pemotongan tuntutan bayaran pembekal atau kontraktor.
4.5     Hasil daripada jualan amal.
4.6      Sumber-sumber lain daripada program dan aktiviti yang dilaksanakan.

 

<--pagebreak-- >