MENU
 
Name :

Ir. Ts. Hj. Zafrul Fazry bin Mohd Fauzi, AMS, PPT

Position : Director (Engineer J13)
E-mail : zafrul [at] mpaj [dot] gov [dot] my
No. Phone : 03-4285 7277
Level : 11

 

FUNGSI BAHAGIAN JABATAN KEJURUTERAAN

BAHAGIAN JALAN

  • Memastikan aduan jalan disemak dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  • Memastikan pemantuan kawasan dilaksanakan  seminggu sekali.
  • Menyediakan laporan dan cadangan kerja beserta anggaran kos.
  • Menyelaras peruntukan -peruntukan dari Kerajaan Negeri termasuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Memantau kerja-kerja kontraktor yang dilantik supaya kerja mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan.
  • Menyokong tuntutan bayaran daripada pihak kontraktor setelah memastikan kerja yang kerja siap mengikut piawaian yang di tetapkan.

 

BAHAGIAN ELEKTRIK

  • Memastikan lampu jalan/awam, lampu isyarat berada di dalam keadaan baik dan sempurna.
  • Mengurus dan menyelia urusan pembaikan lampu jalan/awam serta lampu isyarat  Majlis.
  • Menguruskan pembayaran bil-bil lampu jalan dan lampu isyarat  di bawah tanggungjawab Majlis.
  • Menerima dan menyelaras aduan-aduan yang berkaitan dengan lampu jalan/lampu isyarat untuk diambil tindakan.
  • Menguruskan permohonan bekalan elektrik ,lampu jalan dan lampu awam dalam tanggungjawab Majlis.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN , PERMIT DAN UTILITI (PPU)

  • Memproses  kelulusan permit korekan jalan bagi semua utiliti dan  Telekomunikasi.
  • Penyelarasan dengan agensi berkaitan dengan utiliti seperti pihak KUSEL, IWK dan lain-lain berkaitan kerja korakan.
  • Pengawasan dan pemantauan kerja –kerja korekan.
  • Penguatkuasaan dari segi tindakan Undang-undang seperti pengeluaran kompaun dan denda kepada syarikat yagn melakukan kerja korekan tanpa permit atau melanggar syarat permit.
  • Mewujudkan kerja-kerja pembaikan segera jika terdapat korekan pada tapak korekan tersebut.
  • Menyelaras dan menyelesaikan aduan yang berkaitan tentang kerja korekan.

 

BAHAGIAN CERUN

  • Memeriksa dan memantau pembangunan kawasan bukit dan tanah tinggi secara berterusan.
  • Menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap cerun-cerun kritikal secara berkala.
  • Menjalankan pengumpulan maklumat Pengkalan Data Cerun.
  • Melakukan Tindakan Penguatkuasaan terhadap pihak yang gagal menyelenggara cerun.
  • Menjalankan Program Kesedaran Penyelenggaraan dan Pemantauan Cerun kepada penduduk setempat yang mendiami kawasan tanah tinggi.
  • Memastikan kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan dilaksanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan.
  • Memproses pelan Kebenaran Merancang bagi permohonan pembangunan bercampur di kawasan tanah tinggi dan bercerun.
  • Memproses permohonan pelan kerja tanah bagi permohonanpembangunan bercampur di kawasan tanah tinggi dan bercerun.
  • Memproses permohonan pelan infrastruktur bagi permohonan pembanguna bercampur di kawasan tanah tinggi dan bercerun.
  • Melaksanakan pemantuan kerja-kerja tanah dan infrastrukutr yang telah mendapat kelulusan.
  • Menyemak permohonan Sijil Layak Menduduki (SKM) dan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC).
  • Memantau pelaksanaan ujian CBR dan Coring Test bagi jalan baru dibina semasa pembangunan
  • Menyemak permohonan penyerahan infrastruktur.
  • Mengenalpasti dan menyelaras aduan awam berkaitan dengan pembangunan tanah tinggi dan bercerundi kawasan Majlis.
  • Melaksanakan penguatkuasaan kepada pihak yang mendatangkan kacauganggu dalam perlaksaaan kerja tanah dan infrastruktur.
  • Merancang projek-projek penstabilan cerun bagi cerun dibawah selenggaraan MPAJ.
  • Mengurusakan dan mengawalselia projek-projek penstabilan cerun.

 

BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN

  • Memproses pelan Kebenaran Merancang bagi permohonan tukar syarat guna tanah, bangunan, rumah sesebuah dan pembangunan bercampur.
  • Memproses permohonan pelan kerja tanah bagi permohonan  rumah sesebuah dan pembangunan bercampur.
  • Memproses permohonan  pelan infrastruktur bagi  permohonan rumah sesebuah dan pembangunan bercampur.
  • Melaksanakan  pemantauan kerja-kerja tanah dan infrastruktur yang telah mendapat kelulusan.
  • Menyemak permohonan Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dan Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC).
  • Menjalankan ujian CBR dan Coring Test.
  • Menyemak permohonan penyerahan  infrastruktur.
  • Mengenalpasti dan menyelaras aduan awam  berkaitan  dengan pembangunan di kawasan Majlis.
  • Melaksanakan  penguatkuasaan  kepada pihak yang mendatangkan kacauganggu dalam perlaksanaan kerja tanah dan infrastruktur.
  • Memastikan kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan dilaksanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan.

 

BAHAGIAN SALIRAN

  • Memastikan Penolong Jurutera Awam memantau longkang, berada di dalam keadaan baik, dan sempurna.
  • Menyelesaikan permasalahan banjir yang melibatkan peruntukan di bawah RM 20,000.00.
  • Mengurusan dan menyelia urusan pentadbiran longkang.
  • Menerima dan menyelaras aduan-aduan yang berkaitan denganlongkang untuk tindakan.
  • Memastikan pemantauan  infrastruktur longkang mengikur jadual yang telah ditetapkan.
  • Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilakanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan.

 

BAHAGIAN PROJEK

  • Merancang projek-projek Infrastruktur Majis yang baru bagi kemudahan orang ramai seperti pejalan kaki, laluan basikal, hentian bas, papan tanda lalulintas dan kemudahan infrastruktur yg lain.
  • Menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam Majlis seperti jalan raya, sistem perparitan , struktur jambatan dan kerja-kerja melibatkan kerja tanah.
  • Menguruskan dan mengawalselia perlaksanaan projek-projek Infrastruktur Majlis melibatkan proses penyeliaan dari peringkat permulaan kerja sehingga pengeluaran pengesahan siap kerja agar mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
  • Menyelaras permohonan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan termasuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Mengenalpasti permasalahan banjir dan melaksanakan cadangan kerja-kerja mitigasi banjir di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Pengurusan fail dan surat menyurat.
  • Urusan pertukaran dan penempatan kakitangan dalaman.
  • HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia).
  • Pentadbiran Kewangan.

              - Penyediaan LO / Indent

              - Penyedian Laporan Perbelanjaan

  • Pengendalian kursus/bengkel seminar/taklimat.
  • Pengurusan Aduan Jabatan.

              - Mengemaskini maklumat aduan.

              - Menghadiri mesyuarat aduan.

  • Merekod surat masuk, penggunaan sistem DDMS, penghantar surat/memo dalaman.
  • Menguruskan stor dan bekalan pejabat.
  • Menyediakan lukisan pelan bagi projek-projek dalaman Majlis.

 

CARTA FUNGSI JABATAN KEJURUTERAAN

Carta Fungsi Jabatan Kejuruteraan 2025

Sila klik untuk paparan lebih jelas

 

CARTA ORGANISASI JABATAN KEJURUTERAAN

Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan 2025

Sila klik untuk paparan lebih jelas

 

Kemas kini 17 Mac 2025