Name : |
Ir. Ts. Hj. Zafrul Fazry bin Mohd Fauzi, AMS, PPT |
Position : | Director (Engineer J13) |
E-mail : | zafrul [at] mpaj [dot] gov [dot] my |
No. Phone : | 03-4285 7277 |
Level : | 11 |
FUNGSI BAHAGIAN JABATAN KEJURUTERAAN
BAHAGIAN JALAN
- Memastikan aduan jalan disemak dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Memastikan pemantuan kawasan dilaksanakan seminggu sekali.
- Menyediakan laporan dan cadangan kerja beserta anggaran kos.
- Menyelaras peruntukan -peruntukan dari Kerajaan Negeri termasuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam.
- Memantau kerja-kerja kontraktor yang dilantik supaya kerja mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan.
- Menyokong tuntutan bayaran daripada pihak kontraktor setelah memastikan kerja yang kerja siap mengikut piawaian yang di tetapkan.
BAHAGIAN ELEKTRIK
- Memastikan lampu jalan/awam, lampu isyarat berada di dalam keadaan baik dan sempurna.
- Mengurus dan menyelia urusan pembaikan lampu jalan/awam serta lampu isyarat Majlis.
- Menguruskan pembayaran bil-bil lampu jalan dan lampu isyarat di bawah tanggungjawab Majlis.
- Menerima dan menyelaras aduan-aduan yang berkaitan dengan lampu jalan/lampu isyarat untuk diambil tindakan.
- Menguruskan permohonan bekalan elektrik ,lampu jalan dan lampu awam dalam tanggungjawab Majlis.
BAHAGIAN PENGURUSAN , PERMIT DAN UTILITI (PPU)
- Memproses kelulusan permit korekan jalan bagi semua utiliti dan Telekomunikasi.
- Penyelarasan dengan agensi berkaitan dengan utiliti seperti pihak KUSEL, IWK dan lain-lain berkaitan kerja korakan.
- Pengawasan dan pemantauan kerja –kerja korekan.
- Penguatkuasaan dari segi tindakan Undang-undang seperti pengeluaran kompaun dan denda kepada syarikat yagn melakukan kerja korekan tanpa permit atau melanggar syarat permit.
- Mewujudkan kerja-kerja pembaikan segera jika terdapat korekan pada tapak korekan tersebut.
- Menyelaras dan menyelesaikan aduan yang berkaitan tentang kerja korekan.
BAHAGIAN CERUN
- Memeriksa dan memantau pembangunan kawasan bukit dan tanah tinggi secara berterusan.
- Menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap cerun-cerun kritikal secara berkala.
- Menjalankan pengumpulan maklumat Pengkalan Data Cerun.
- Melakukan Tindakan Penguatkuasaan terhadap pihak yang gagal menyelenggara cerun.
- Menjalankan Program Kesedaran Penyelenggaraan dan Pemantauan Cerun kepada penduduk setempat yang mendiami kawasan tanah tinggi.
- Memastikan kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan dilaksanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan.
- Memproses pelan Kebenaran Merancang bagi permohonan pembangunan bercampur di kawasan tanah tinggi dan bercerun.
- Memproses permohonan pelan kerja tanah bagi permohonanpembangunan bercampur di kawasan tanah tinggi dan bercerun.
- Memproses permohonan pelan infrastruktur bagi permohonan pembanguna bercampur di kawasan tanah tinggi dan bercerun.
- Melaksanakan pemantuan kerja-kerja tanah dan infrastrukutr yang telah mendapat kelulusan.
- Menyemak permohonan Sijil Layak Menduduki (SKM) dan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC).
- Memantau pelaksanaan ujian CBR dan Coring Test bagi jalan baru dibina semasa pembangunan
- Menyemak permohonan penyerahan infrastruktur.
- Mengenalpasti dan menyelaras aduan awam berkaitan dengan pembangunan tanah tinggi dan bercerundi kawasan Majlis.
- Melaksanakan penguatkuasaan kepada pihak yang mendatangkan kacauganggu dalam perlaksaaan kerja tanah dan infrastruktur.
- Merancang projek-projek penstabilan cerun bagi cerun dibawah selenggaraan MPAJ.
- Mengurusakan dan mengawalselia projek-projek penstabilan cerun.
BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN
- Memproses pelan Kebenaran Merancang bagi permohonan tukar syarat guna tanah, bangunan, rumah sesebuah dan pembangunan bercampur.
- Memproses permohonan pelan kerja tanah bagi permohonan rumah sesebuah dan pembangunan bercampur.
- Memproses permohonan pelan infrastruktur bagi permohonan rumah sesebuah dan pembangunan bercampur.
- Melaksanakan pemantauan kerja-kerja tanah dan infrastruktur yang telah mendapat kelulusan.
- Menyemak permohonan Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dan Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC).
- Menjalankan ujian CBR dan Coring Test.
- Menyemak permohonan penyerahan infrastruktur.
- Mengenalpasti dan menyelaras aduan awam berkaitan dengan pembangunan di kawasan Majlis.
- Melaksanakan penguatkuasaan kepada pihak yang mendatangkan kacauganggu dalam perlaksanaan kerja tanah dan infrastruktur.
- Memastikan kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan dilaksanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan.
BAHAGIAN SALIRAN
- Memastikan Penolong Jurutera Awam memantau longkang, berada di dalam keadaan baik, dan sempurna.
- Menyelesaikan permasalahan banjir yang melibatkan peruntukan di bawah RM 20,000.00.
- Mengurusan dan menyelia urusan pentadbiran longkang.
- Menerima dan menyelaras aduan-aduan yang berkaitan denganlongkang untuk tindakan.
- Memastikan pemantauan infrastruktur longkang mengikur jadual yang telah ditetapkan.
- Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilakanakan dengan baik dan memuaskan mengikut piawaian kejuruteraan.
BAHAGIAN PROJEK
- Merancang projek-projek Infrastruktur Majis yang baru bagi kemudahan orang ramai seperti pejalan kaki, laluan basikal, hentian bas, papan tanda lalulintas dan kemudahan infrastruktur yg lain.
- Menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam Majlis seperti jalan raya, sistem perparitan , struktur jambatan dan kerja-kerja melibatkan kerja tanah.
- Menguruskan dan mengawalselia perlaksanaan projek-projek Infrastruktur Majlis melibatkan proses penyeliaan dari peringkat permulaan kerja sehingga pengeluaran pengesahan siap kerja agar mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Menyelaras permohonan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan termasuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam.
- Mengenalpasti permasalahan banjir dan melaksanakan cadangan kerja-kerja mitigasi banjir di dalam kawasan pentadbiran Majlis.
BAHAGIAN PENTADBIRAN
- Pengurusan fail dan surat menyurat.
- Urusan pertukaran dan penempatan kakitangan dalaman.
- HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia).
- Pentadbiran Kewangan.
- Penyediaan LO / Indent
- Penyedian Laporan Perbelanjaan
- Pengendalian kursus/bengkel seminar/taklimat.
- Pengurusan Aduan Jabatan.
- Mengemaskini maklumat aduan.
- Menghadiri mesyuarat aduan.
- Merekod surat masuk, penggunaan sistem DDMS, penghantar surat/memo dalaman.
- Menguruskan stor dan bekalan pejabat.
- Menyediakan lukisan pelan bagi projek-projek dalaman Majlis.
CARTA FUNGSI JABATAN KEJURUTERAAN
Sila klik untuk paparan lebih jelas
CARTA ORGANISASI JABATAN KEJURUTERAAN
Sila klik untuk paparan lebih jelas
Kemas kini 17 Mac 2025