1. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 24 Mei 2021 (Isnin) hingga 02 Jun 2021 (Rabu) Di Portal Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
2. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
3. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
6. Penyebut harga juga digalakkan menghantar semula dokumen pelawaan lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada tarikh tutup sebut harga.
7. Pihak syarikat diwajibkan mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM.
8. Dokumen yang dihantar melalui e-mel atau aplikasi WhatsApp WAJIB melampirkan SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A), Surat Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari MOF (jika berkaitan) dan UPEN SELANGOR dalam format PDF serta menyatakan e-mel syarikat.
9. Kegagalan pihak syarikat menghantar dokumen pendaftaran tersebut melalui e-mel atau aplikasi WhatsApp akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.