1. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.
2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 03 Oktober 2019 di Aras 16,Bahagian Ukur Bahan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja.
(8.00 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 4.45 petang hari Isnin - Khamis & 8.00 pagi - 12.15 tengah hari, 2.45 petang - 4.45 petang Jumaat sahaja)
3. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah
adalah TIDAK DITERIMA.
4. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
5. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga
tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6. Hanya Penyebut harga yang beralamat atau di dalam Pentadbiran Kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sahaja yang di benarkan untuk memasuki tawaran kerja.
7. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
8. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
9. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri taklimat.
10. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, STB, SSM dan UPEN yang masih sah.
11. Kegagalan pihak syarikat membawa dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini