MPAJ 1600/01/02/216/2026
CADANGAN MENAIKTARAF PADANG PERMAINAN DAN KEMUDAHAN AWAM SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN CEMPAKA 30, TAMAN CEMPAKA UNTUK MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
PENDAFTARAN & TAKLIMAT
Masa: 9.30 AM
Tarikh: 16 Julai 2026
Tempat: Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
LAWATAN TAPAK:
AKAN DIMAKLUMKAN SEMASA TAKLIMAT
HARGA DOKUMEN:
RM 250.00
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN:
16 Julai 2026 sehingga 30 Julai 2026 pada 12.00 tengah hari.
TARIKH TUTUP:
30 Julai 2026 Sebelum atau pada 12.00 tengah hari Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
BERDAFTAR DENGAN KOD BIDANG: G4 (CE14 CE21)
Nota:
- Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SPKK, PPK, SSM dan UPEN yang masih sah
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 16 Julai 2026 (Khamis) sehingga 30 Julai 2026 (Khamis) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya. (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat)).
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor/Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Perolehan Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai perolehan bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen perolehan wajib DIBUKUKAN/DI DOKUMENTASIKAN dengan dan dimasukkan ke dalam Peti perolehan seperti tertera di atas.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan perolehan sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai perolehan MPAJ.
- Dokumen perolehan tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm2.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK dan CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup perolehan ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup perolehan, bukti pelanjutan/pembaharuan pendaftraan dengan CIDB perlu dikemukakan.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak Berjaya
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356











