MENU
 

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN MENYELENGGARA KAMERA LITAR TERTUTUP, PERKAKASAN DAN PERISIAN BAGI 3 TAHUN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

MPAJ 2500/03/04/149/2026

Pendaftaran & Taklimat

Masa: 9.30 pagi

Tarikh: 4 Mei 2026 (Isnin)

Tempat: Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Lawatan Tapak akan dimaklumkan Semasa Taklimat

 

HARGA DOKUMEN:

RM 200.00

 

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN:

4 Mei 2026 sehingga 25 Mei 2026 pada 12.00 tengah hari.

 

TARIKH TUTUP:

25 Mei 2026 Sebelum atau pada 12.00 tengah hari Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

 

KOD BIDANG MOF:

 

210101

Hardware (low end technology) -Supply all types of computer hardware Including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance)

 

210102

Hardware (high end technology) - All types of server, mainframe, high end printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance

 

210105

Telecommunication/networking-supply product, infrastructure, services including maintenance (LAN/WAN/Internet/wireless/satellite)

 

DOKUMEN BERKAITAN : SSM & SIJIL UPEN

 

Nota:

  1. Hanya PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.

 

  1. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SET LENGKAP SSM, MOF dan UPEN SELANGOR yang masih sah.

 

  1. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 04 Mei 2026 (Isnin) sehingga 25 Mei 2026 (Isnin) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya. (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).

 

  1. Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

 

  1. Kontraktor/Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Perolehan Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat MOF dan Surat Kebenaran Khas menyertai perolehan bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.

 

  1. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.

 

  1. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan perolehan sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.

 

  1. Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai perolehan MPAJ.

 

  1. Dokumen perolehan tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm2.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

 

  1. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.

 

  1. Tempoh sah laku Sijil MOF adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup perolehan ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup perolehan, bukti pelanjutan/pembaharuan pendaftraan dengan MOF perlu dikemukakan.

 

  1. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

 

  1. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

 

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 2500/03/04/149/2026
Tender Closing Date: 
Monday, 25 May 2026