MENU
 

berita-terkini- Ramadhan

MPAJ mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh rahmat, maghfirah dan keberkatan kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Ampang Jaya.
Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyak amal ibadah serta memperkukuh sifat sabar, ihsan dan keikhlasan dalam setiap urusan. 

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)
Marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan doa, sedekah dan amal kebajikan demi meraih keberkatan serta reda Allah SWT.

Ikhlas daripada TS. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ serta Ahli Majlis, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja MPAJ.

#RamadanAlMubarak
#MPAJ
#AmpangJayaSejahtera
#MalaysiaMADANI
#KitaSelangorMajuBersama