|
PENDAFTARAN & TAKLIMAT: Masa: 9.30 AM Tarikh: 6 Februari 2026 (Jumaat) Tempat: Auditorium Aras 5 Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya |
|
Lawatan Tapak: Akan Dimaklumkan Semasa Taklimat |
|
HARGA DOKUMEN: RM 100.00
|
|
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN: 6 Februari 2026 (Jumaat) sehingga 13 Februari 2026 (Jumaat) pada 12.00 tengah hari. |
|
TARIKH TUTUP: 13 Februari 2026 (Jumaat) Sebelum atau pada 12.00 tengah hari Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur |
|
KOD BIDANG BARU: MOF PENGKHUSUSAN : 090101 ( BAHAN BINAAN )
NOTA : |
- Hanya PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 06 Februari 2026 (Jumaat) sehingga 13 Februari 2026 (Jumaat) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya. (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor/Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Perolehan Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat MOF dan Surat Kebenaran Khas menyertai perolehan bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen perolehan wajib DIBUKUKAN/DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT (Kewangan dan Teknikal) dan dimasukkan ke dalam Peti perolehan seperti tertera di atas.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan perolehan sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai perolehan MPAJ.
- Dokumen perolehan tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web icomm2.mpaj.gov.my/login serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Tempoh sah laku MOF adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup perolehan ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup perolehan, bukti pelanjutan/pembaharuan pendaftraan dengan MOF perlu dikemukakan.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356











