**GRED G1 SYARIKAT YANG MEMBAYAR CUKAI DIBAWAH MPAJ SAHAJA
PENDAFTARAN :
Masa : 9.30 Pagi
Tarikh: 6 Februari 2026 (Jumaat)
Tempat : Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
HARGA DOKUMEN :
RM 150.00 (tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN :
6 Februari 2026 (Jumaat) Sehingga 13 Februari 2026 (Jumaat) pada 12.00 tengah hari.
TARIKH TUTUP :
13 Februari 2026 (Jumaat), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.
KOD BIDANG BARU :
GRED : G2
KATEGORI : KEJURUTERAAN AWAM ( CE )
PENGKHUSUSAN : CE21
Nota:
- Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SPKK, PPK, SSM, dan UPEN yang masih sah.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 06 Februari 2026 (Jumaat) sehingga 13 Februari 2026 (Jumaat) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya. (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat)).
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor/Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Perolehan Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai perolehan bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan perolehan sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai perolehan MPAJ.
- Dokumen perolehan tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Tempoh sah laku Sijil PPK, SPK dan CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup perolehan ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup perolehan, bukti pelanjutan/pembaharuan pendaftraan dengan CIDB perlu dikemukakan.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
- Penyebut harga di WAJIBKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
TARIKH TUTUP :
13 Februari 2026 (Jumaat), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.
Lobi aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100, Selangor, KL.











