MENU
 

PENDAFTARAN & TAKLIMAT:

Masa: 9.30 AM

Tarikh: 6 Februari 2026 (Jumaat)

Tempat: Tempat : Auditorium Aras 5 Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Lawatan Tapak: Akan Dimaklumkan Semasa Taklimat

 

HARGA DOKUMEN:

RM 150.00

 

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN:

6 Februari 2026 (Jumaat) sehingga 13 Februari 2026 (Jumaat) pada 12.00 tengah hari.

TARIKH TUTUP:

13 Februari 2026 (Jumaat) Sebelum atau pada 12.00 tengah hari

Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

 

KOD BIDANG BARU:

Gred : G2

Kategori : CE

Pengkhususan : CE21

 

Nota:

  1. Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.

 

  1. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SPKK, PPK, SSM, STB dan UPEN yang masih sah.

 

  1. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 06 Februari 2026 (Jumaat) sehingga 13 Februari 2026 (Jumaat) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya. (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).

 

  1. Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

 

  1. Kontraktor/Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Perolehan Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai perolehan bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.

 

  1. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT

 

  1. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan perolehan sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.

 

  1. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai perolehan MPAJ.

 

  1. Dokumen perolehan tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web icomm2.mpaj.gov.my/login serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

 

  1. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.

 

  1. Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK, CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup perolehan ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup perolehan, bukti pelanjutan/pembaharuan pendaftraan dengan CIDB perlu dikemukakan.

 

  1. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

 

 

  1. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
Tender Ref: 
SHB29001768898396433
Tender Closing Date: 
Friday, 13 February 2026