SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT :
**GRED G2 (SYARIKAT DIDALAM NEGERI SELANGOR SAHAJA)
PENDAFTARAN :
Masa : 9.00 Pagi
Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)
Tempat : Auditorium Aras 5 Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
HARGA DOKUMEN :
RM 150.00 (tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN :
28 Januari 2026 (Rabu) Sehingga 4 Februari 2026 (Rabu) pada 12.00 tengah hari
TARIKH TUTUP :
4 Februari 2026 (Rabu), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.
KOD BIDANG BARU :
GRED : G2
KATEGORI : Bangunan (B)
PENGKHUSUSAN : B04
Nota:
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SPKK, PPK, SSM, STB dan UPEN yang masih sah.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 28 Januari 2026 (Rabu) sehingga 4 Februari 2026 (Rabu) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat)).
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan perolehan sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Penyebut harga perlu mempunyai emel rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen perolehan tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm2.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK, CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup perolehan ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup perolehan, bukti pelanjutan/pembaharuan pendaftaran dengan CIDB perlu dikemukakan.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
TARIKH TUTUP :
4 Februari 2026 (Rabu), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.
Lobi aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100, Selangor, KL.











