MPAJ 12/02/02-109/2025
SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENGUKUR, MENJAHIT, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM KAKITANGAN MAJLIS PERRBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ) TAHUN 2026
PENDAFTARAN
Tarikh : 23 Disember 2025 (Selasa)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
23 Disember 2025 (Selasa) sehingga 30 Disember 2025 (Selasa) pada 12.00 tengah hari
HARGA DOKUMEN:
RM 100.00 (tidak akan dikembalikan)
LAWATAN TAPAK:
AKAN DIMAKLUMKAN SEMASA TAKLIMAT
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Kod Bidang (MOF):
020801 : PAKAIAN
020802 : KELENGKAPAN PAKAIAN
020899 : PEMBUAT
222401 : MENJAHIT PAKAIAN DAN KELENGKAPAN
TARIKH TUTUP
30 Disember 2025 (Selasa), sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
Nota:
- Hanya PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 23 Disember 2025 (Selasa) sehingga 30 Disember 2025 (Selasa) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam notis sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Tempoh sah laku Sijil MOF adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftaran dengan MOF perlu dikemukakan.
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran tidak akan dipertimbangkan.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
- Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.











