SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT :
PENDAFTARAN :
Masa : 9.30 Pagi sehingga 4.30 Petang
Tarikh: 16 Julai 2025 (Rabu) sehingga 22 Julai 2025 (Selasa)
Tempat : Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
HARGA DOKUMEN :
RM 100.00 (tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN :
16 Julai 2025 (Rabu) sehingga 23 Julai 2025 (Rabu) pada 12.00 Tengah hari
TARIKH TUTUP :
23 Julai 2025 (Rabu), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.
KOD BIDANG BARU :
KEMENTERIAN KEWANGAN
KOD BIDANG : (TERBUKA) 221601 - Mencetak Buku, Majalah Laporan Akhbar (Perlu Lesen KDN) & 221615 - Rekabentuk Percetakan (Printing Design)
Nota:
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Tempoh Tempoh sah laku Sijil MOF adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftaran dengan MOF perlu dikemukakan.
- Hanya PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 16 Julai 2025 (Rabu) sehingga 23 Julai 2025 (Rabu) di Aras 4, Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (8.00 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 4.45 petang hari Isnin - Khamis & 8.00 pagi - 12.15 tengah hari, 2.45 petang - 4.45 petang Jumaat sahaja)
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
- Penyebut harga perlu mempunyai emel rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
TARIKH TUTUP :
23 Julai 2025 (Rabu), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.
Lobi aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100, Selangor, KL.