Jom Pantau Pembangunan Mampan Ampang Jaya Secara Langsung!
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memperkenalkan Dashboard SmartAJ@SDG. Merupakan satu platform digital interaktif untuk memantau dan menilai pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di peringkat tempatan.
Apa yang anda boleh akses?
- Data semasa berkaitan komuniti
- Pencapaian 17 Matlamat SDGs Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Fokus kepada Pengurusan sisa, Kemudahan mesra alam, Keselamatan awam dan Pembangunan sosial dan komuniti.
Klik untuk akses:
Story Map : https://portaldev.planmalaysia.gov.my/portal/apps/storymaps/stories/73f8addbf060417bbb43d0169e3ec8dc
Dashboard Interaktif : https://portaldev.planmalaysia.gov.my/portal/apps/dashboards/dfadf76c8aa7481eb2e16495fd185298
Tak perlu tunggu memo atau e-mel!
Dashboard ini bertindak sebagai "Smart Coordination System" : yang menggantikan cara lama demi ketelusan, kecekapan dan penglibatan komuniti.
Bersama-sama kita wujudkan Ampang Jaya yang Mampan, Inklusif dan Berdaya Saing.