MENU
 

NOTIS SEBUT HARGA KERJA SECARA UNDIAN

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT:

MAKLUMAT PENDAFTARAN 

Tarikh: 23 Ogos 2024 (Jumaat)

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Galeri Aras 4, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

 

MASA UNDIAN

Masa : 10.30 Pagi

 

  1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
  2. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, SSM, UPEN dan  STB yang masih sah.
  3. Kegagalan-Kontraktor yang tiba selepas masa PENDAFTARAN seperti yang ditetapkan di atas adalah TIDAK DIBENARKAN mendaftar untuk kerja undi ini.
  4. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  5. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
  6. Penyebut harga di WAJIBKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
  7. Kerja-kerja cabutan undi akan dilaksanakan pada masa undian yang telah dinyatakan dan tawaran akan dikeluarkan terus kepada penyebut harga yang berjaya.
Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 07/01/02-517/2024
Tender Closing Date: 
Friday, 23 August 2024