MENU
 

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT

MAKLUMAT PENDAFTARAN

Tarikh: 12 Ogos 2024  (Isnin)

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

 

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

12 Ogos 2024  (Isnin) sehingga 19 Ogos 2024 (Isnin) pada 12.00 tengah hari

 

HARGA DOKUMEN:

RM 150.00 (tidak akan dikembalikan)

 

Nota:

  1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
  2. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, SSM dan UPEN yang masih sah.
  3. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  4. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
  5. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 12 Ogos 2024 (Isnin) di Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
  6. Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen tender tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.
  7. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
  8. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.
  9. Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
  10. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
  11. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

 

TARIKH TUTUP

19 Ogos 2024 (Isnin)

Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari            

Lobi Aras 4, Menara MPAJ,  Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

 

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 07/01/02-498/2024
Tender Closing Date: 
Monday, 12 August 2024