PENDAFTARAN DALAM TALIAN (ONLINE)
07 Mei 2024 (Selasa) sehingga 14 Mei 2024 (Selasa) / 09.00 pagi - 4.00 petang SAHAJA
- Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 13 Mei 2024 (Isnin) di Aras 4, Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (8.00 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 4.45 petang hari Isnin - Khamis & 8.00 pagi - 12.15 tengah hari, 2.45 petang - 4.45 petang Jumaat sahaja)
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran tidak akan dipertimbangkan.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Pendaftaran boleh dibuat terus melalui penghantaran dokumen berkaitan melalui e-mel : tender [at] mpaj [dot] gov [dot] my atau whatsapp di no 013-2236594. Hanya yang berdaftar sahaja boleh menyertai perolehan ini.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
- Pihak syarikat di wajibkan mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM
- Sila e-mail satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM, UPEN dan STB yang masih sah
- Kegagalan pihak syarikat memberi salinan dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.