MENU
 

Pendaftaran boleh dibuat terus melalui penghantaran dokumen berkaitan melalui e-mel: tender [at] mpaj [dot] gov [dot] my atau Whatsapp di No. 015-3267 7604 atau 015-9267 7605 bermula 01 November 2023  (Rabu) sehingga 08 November 2023  (Rabu) pada 09.00 pagi  -  04.00 petang SAHAJA.

1.Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

2.Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan mulai 1 November 2023 (Rabu) hingga 8 November 2023 (Rabu) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).

3.Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DIDOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.

4.Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

5.Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6. Sila sertakan bersama satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, STB, SSM dan UPEN yang MASIH SAH.

7. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.

Tender Ref: 
MPAJ 05/01/02-444/2023
Tender Closing Date: 
Wednesday, 8 November 2023