MENU
 

-  Pendaftaran boleh dibuat terus melalui penghantaran dokumen berkaitan melalui e-mel: tender [at] mpaj [dot] gov [dot] my atau aplikasi WhatsApp di nombor 015 - 3267 7604 atau 015 - 9267 7605 pada 25 September 2023 (Isnin) sehingga 02 Oktober 2023 (Isnin) pada 09.00 pagi  -  5.00 petang SAHAJA.

1.Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 25 September 2023 (Isnin) hingga 02 Oktober 2023 (Isnin) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

2.Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SATU (1) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.

3.Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

4.Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

5.Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di aplikasi whatsapp sahaja di no. 015-32677604 atau 015-92677605 berkaitan pendaftaran dan untuk pertanyaan berkaitan icomm di talian 03-4285 7444 / 03-4285 7356.

6.Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 04/01/02-443/2023
Tender Closing Date: 
Monday, 2 October 2023