Taklimat pada: 17 Mei 2023 (9.30 pagi) di Auditorium Aras 5, Menara MPAJ.
1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.
2. Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan mulai 17 Mei 2023 (Rabu) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).
3. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DIDOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
4. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
5. Petender perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
7. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM dan UPEN yang MASIH SAH.
8. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
9. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.