MENU
 

Taklimat pada: 9 Mei 2023 (9.30 pagi) di Auditorium Aras 5, Menara MPAJ.

 

1. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil  MoF sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan mulai 9 Mei 2023 (Selasa) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).

3. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.

4. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

5. Petender perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

7. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan MoF (termasuk lampiran A), SSM dan UPEN yang MASIH SAH.

8. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (dalam  dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.

9. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.

Tender Ref: 
MPAJ 08/03/04-194/2023
Tender Closing Date: 
Tuesday, 30 May 2023