MENU
 

1) Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

2) Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 15 DISEMBER 2022 di Aras 4, Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (8.00 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 4.45 petang hari Isnin - Khamis & 8.00 pagi - 12.15 tengah hari, 2.45 petang - 4.45 petang Jumaat sahaja).

3) Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

4) Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.

5) Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6) Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. 

7) Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

8) Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran dan taklimat.

9) Penyebut harga yang menyertai perolehan ini, perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang berurusan dengan pihak Majlis.

10) Penyebut harga juga digalakkan mengemukakan semula dokumen pelawaan lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada tarikh tutup sebut harga.

11) Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK,STB (Yang berkaitan), SSM dan UPEN (bagi yang berkenaan) yang masih sah. Kegagalan pihak syarikat menyediakan dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.

12) Untuk melihat iklan yang lengkap, sila layari laman sesawang rasmi Majlis di www.mpaj.gov.my.

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 07/01/02-337/2022
Tender Closing Date: 
Thursday, 15 December 2022