1. Hanya
PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir
semasa pendaftaran pada tarikh 25 Ogos 2022 (Khamis).
2.
Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 25 Ogos 2022 sehingga 1 September
2022 di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja.
(9.00 pagi - 4.00 petang.)
3. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh 25 Ogos 2022 (Khamis) tidak akan dipertimbangkan.
4.
Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna
dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU
BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
5.
Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar
dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga
tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web
https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun
perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
7. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
8. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran dan taklimat.
9.
Penyebut harga yang menyertai perolehan ini, perlulah mematuhi SOP yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang
berurusan dengan pihak Majlis.
10.
Penyebut harga juga digalakkan mengemukakan semula dokumen pelawaan
lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada tarikh
tutup sebut harga.
11.
Pihak syarikat diwajibkan mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi
pendaftaran ICOMM. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET
LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR yang masih
sah.
12.
Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam
notis sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya
adalah tanggungjawab penyebut harga untuk mengemas kini pindaan
tersebut.
13. Untuk melihat iklan yang lengkap, sila layari laman sesawang rasmi Majlis di www.mpaj.gov.my.