1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan bagi memasuki tawaran sebut harga. Wakil syarikat adalah tidak dibenarkan. Bagi maksud ini Pemilik perlu menghadirkan diri ke tempat yang telah dinyatakan di atas beserta dokumen-dokumen yang yang disyaratkan bagi menyertai Perolehan ini.
2. Penyebut harga dikehendaki membawa Sijil Asal dan satu(1) salinan CIDB, SPK, PKK dan UPEN
3. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 27 APRIL 2021 di Kaunter Galeri, Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja di antara pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
4. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
5. Dokumen Sebut harga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga seperti tertera di atas.
6. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
7. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN di talian 03-42857110.
8. Penyebut harga DI GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa mendaftar di kaunter pendaftaran.