MENU
 
  1. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 9 JUN 2020 di Kaunter Galeri, Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja di antara pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.00 hingga 5.00 petang (Isnin hingga Khamis) dan 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari dan 2.45
    hingga 5.00 petang (Jumaat)
  2. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan bagi memasuki tawaran sebut harga. Wakil syarikat adalah tidak dibenarkan.
  3. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, STB (Yang berkaitan), SSM dan UPEN yang masih sah. Kegagalan pihak syarikat menyediakan dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.
  4. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  5. Dokumen Sebut Harga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti tertera di atas.
  6. Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi
    menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
  7. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
  8. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
  9. Penyebut harga DI GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT  semasa mendaftar di kaunter pendaftaran.
  10. Hanya penyebut harga yang beralamat  atau di dalam Pentadbiran Ampang Jaya (MPAJ) sahaja yang dibenarkan untuk memasuki tawaran kerja ini.
Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 14/01/02-099/2020
Tender Closing Date: 
Thursday, 18 June 2020