- Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat. Hanya PEMILIK / PENAMA di
dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini.
Wakil syarikat TIDAK dibenarkan. - Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 16 April 2019 di Aras 16,
Bahagian Ukur Bahan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja.
(8.00 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 4.45 petang hari Isnin -
Khamis & 8.00 pagi - 12.15 tengah hari, 2.45 petang - 4.45 petang
Jumaat sahaja) - Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran
Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang
dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut
harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA. - Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan
sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU
BERPELEKAT - Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar
dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga
tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web
https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun
perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian. - Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri taklimat.
*Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM dan UPEN yang masih sah.
*Kegagalan pihak syarikat membawa dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.