TAWARAN PENYEWAAN MEDAN SELERA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

SYARAT PERMOHONAN :-
1.Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Penduduk Ampang Jaya) ;
2.Berumur 18 tahun dan ke atas;
3.Seorang pemohon hanya DIBENARKAN mengemukakan 1 PERMOHONAN sahaja;
4.Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Gerai Milik Majlis (Terkini) yang boleh didapati melalui :-
i.Laman Web Majlis www.mpaj.gov.my
ii.Kaunter Aras 12, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
5.Hanya satu (1) borang sahaja dibenarkan bagi pasangan suami dan isteri;
6.Borang hendaklah diserahkan bersama-sama dokumen seperti berikut :-
a.Salinan Kad Pengenalan
b.Gambar Ukuran Passport
c.Salinan Sijil Perkahwinan
d.Salinan Pendaftaran Perniagaan / Syarikat SSM (jika ada)
e.Salinan Kursus Perniagaan / (jika berkaitan)
f.Salinan Geran & Gambar Lori (permohonan Kompleks Muhibbah)
Tarikh tutup permohonan: 11 MAC 2020 (RABU) @ 5.00 PETANG
Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke:
Pengarah
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Tingkat 12, Menara MPAJ,
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur, Selangor.
Email : penilaian [at] mpaj [dot] gov [dot] my