- Ya, MPAJ mengambil beberapa inisiatif seperti berikut:
i. Pelan Pengurusan Trafik (TMP)
a. Menyediakan dan melaksanakan TMP yang komprehensif bagi memastikan aliran trafik lancar. b. Memasang papan tanda maklumat dan arahan untuk pemandu.
ii. Penyelarasan Waktu Kerja Penetapan waktu kerja yang tidak mengganggu waktu puncak.
iii. Laluan alternatif a. Menyediakan dan memaklumkan pengguna jalan raya mengenai laluan alternatif. b. Memasang papan tanda arah untuk laluan alternatif di kawasan strategik.
iv. Kerjasama strategik bersama Pihak Berkuasa a. Mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Warden Trafik MPAJ bagi kawalan lalu lintas. b. Mengadakan sesi dialog bersama komuniti, sekolah, hospital dan lain-lain sekiranya diperlukan.
v. Makluman awal a. Mengedarkan notis awal kepada penduduk setempat, sekolah, hospital, pengguna jalan raya dan lain-lain mengenai kerja-kerja yang akan dilaksanakan. b. Papan tanda pemakluman kerja, saluran aduan dan laluan alternatif turut dipasang pada laluan utama. c. Menyediakan poster makluman seperti di lampiran 1.
vi. Pengawal Trafik Menempatkan pengawal trafik di lokasi strategik bagi membantu mengurus aliran trafik.
|