MENU
 

<--pagebreak-- >

Jabatan Perbendaharaan

Berapa lamakah MPAJ mengambil masa untuk mengeluarkan bayaran?

Sekiranya tuntutan bayaran lengkap dan teratur, pembayaran akan disediakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tuntutan lengkap diterima oleh Unit Belanja, Jabatan Perbendaharaan.

Siapakah pegawai yang boleh saya hubungi berkaitan pembayaran?

Pegawai :Puan hairul Amizah binti Hairuddin/Encik Muhd Hanafi bin Abdul Samad di talian telefon 03-4295984.

Bagaimana status bayaran dimaklumkan?

Makluman pembayaran akan dihantar melalui e-mel oleh eBanker kepada penerima bayaran.

Apakah dokumen yang perlu dilampirkan bagi tuntutan semula cagaran?

a. Resit cagaran asal.                                                                                                                

b. Salinan penyata bank.                                                                                                

c.Borang tuntutan semula cagaran (yang lengkap diisi)

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya resit cagaran asal hilang?

Akuan sumpahyang menyatakan nombor resit dan amaun bayaran hendaklah dilampirkan bersama tuntutan dokumen lain seperti di para 14.

Apa itu cukai taksiran?

Cukai taksiran atau cukai pintu adalah cukai yang dikenakan terhadap semua peganganatau harta tanah di kawasan MPAJ. Kuasa untuk mengenakan cukai taksiran atau cukai pintu adalah selaras dengan peruntukan aktar Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)dibawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengenakan kadar ke atas pegangan-pegangan yang terdapat di dalm kawasan pentadbiran Majlis.

Jenis harta apakah yang dikenakan cukai taksiran?

Semua pegangan persendirian seperti bangunan kediaman, bangunan komersial, banguana industri, tanah pertanian dan termasuk tanah kosong/lot tanah yang belum dibangunkan.

Adakah tanah kosong juga dikenakan cukai taksiran?

Ya,tanah kosong yang bermilik TIDAK dikecualikan daripada cukai taksiran.

Mengapa cukai taksiran dikuatkuasakan??

Cukai taksiran dikuatkuasakan bagi :                                                                                        

a. Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, pembersihan jalan, parit dan pemotongan rumput.                                                                                                

b.Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar.                                                                                                              

c. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan.                                                                      

d. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi dan sebagainya.

Berapa kali bil cukai taksiran dikeluarkan dalam setahun dan bila ianya patut dibayar?

Merujuk kepada Seksyen 133 Akta 171, Cukai taksiran hendaklah dibayar tiap-tiap setengah tahun (2 kali setahun)

a. Setengah tahun pertama (Januari-Jun) tarikh akhir bayaran penghujung Febuari setiap tahun.  

b. Setengah tahun kedua (Julai-Disember) tarikh akhir ialah penghujung Ogos setiap tahun.

Bagaimana saya hendak menukar alamat surat menyurat bagi bil saya? 

a. Pemilik boleh memaklumkan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPAJ melalui surat  e-mel sekiranya ingin menukar alamat pos bagi tujuan penghantaran bil cukai taksiran atau ke Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4 , Menara MPAJ

b.Borang Kenyataan Pindaan Maklumat / Alamat surat menyurat  boleh di muat turun dari Laman Web MPAJ melalui  http://www.mpaj.gov,.my. 

Adakah cukai taksiran dikenakan ke atas pegangan yang kosong dan tidak didiami? Perlukah saya membayar  cukai bagi rumah yang kosong?

Ya, Cukai kena dibayar ke atas semua pengangan samada diduduki atau tidak. Walaubagaimana, jika bangunan tersebut kosong, pemilik boleh memohon tuntutan remisi ke atas tempoh kekosongan tersebut mengikut syarat dalam borang permohonan remesi. Borang permohonan boleh didapati:                                                                                        

a. Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta.

b. Kaunter Khidmatan Pelanggan Aras 4 Menara MPAJ.

c. Muat turun dari www.mpaj.gov.my

 

Dimanakah saya boleh menyemak  jumlah bayaran cukai taksiran?

Semakan boleh dibuat dengan melayari:

a. ICOMM di Laman Web MPAJ atau hadir ke,                                                                  

b. Kaunter Khidmat  Setempat, Aras 4 Menara MPAJ.

c. Kaunter Bayaran Pejabat Cawangan Taman Melawati 

 

Apakah kaedah bayaran yang boleh dilakukan untuk bayaran cukai taksiran?

Bayaran boleh dibuat secara:

a. Tunai.                                                                                                                                   

b. Cek atas nama 'MPAJ' c.Wang Pos                                                                                         

c. Kad Kredit (Master dan Visa)                                                                                                

d. Internet Banking                                                                                                                  

e. Icomm.mpaj.gov.my                                                                                                              

f. Auto debit Citibank : www.citibank.com                                                                              

g. I-TAP (Bank Islam (m) Bhd)

Bagaimana saya boleh mendapatkan bil cukai taksiran, sekiranya saya tidak menerima bil tersebut?

Bil Cukai Taksiran boleh dicetak melaui perkhidmatan dalam talian (Online) dengan mendaftar di ICOMM, atau hadir ke Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4 Menara MPAJ dengan membawa salinan bil cukai taksiran, alamat harta dan / atau nombor akaun cukai taksiran.

Apakah perbezaan bil cukai taksiran warna biru dan merah ?

-Bil warna biru adalah untuk jumlah bagi tempoh semasa.
-Bil warna merah adalah notis lewat bayar dan telah dikenakan denda.

Saya ada bil cukai taksiran terkini dan bagaimana boleh dibayar tanpa perlu ke MPAJ ?

1. Menggunakan cek atau wang pos/ kiriman wang dan pos ke alamat MPAJ.
2. Internet banking .
3. Bayaran tunai di Pejabat Pos dalam Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja.
4. Bayaran tunai di Pejabat Tanah Selangor dan PBT dalam Selangor sahaja.

Berapa kali bil cukai taksiran dikeluarkan pada 1 tahun?

  • 2 kali setahun.
    - Penggal pertama : Tempoh bil Jan – Jun ; Tarikh akhir bayar 28 Februari setiap tahun.
    - Penggal kedua : Tempoh bil Julai – Dis ; Tarikh akhir bayar 31 Ogos setiap tahun.

Sekiranya tidak mendapat bil dimanakah saya boleh mendapatkannya?

Jawapan : Jabatan Perbendaharaan, Aras 4, Menara MPAJ atau layari www.mpaj.gov.my

Berapakah denda maksimum boleh dicajkan kepada saya sekiranya lambat membayar cukai taksiran?

Jawapan : Denda sebanyak RM 20.00 bagi setiap penggal .

Apakah MPAJ boleh lakukan sekiranya pemilik atau penghuni gagal menjelaskan cukai taksiran?

Jawapan : Mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan temptan 1976:MPAJ boleh menyita apa-apa harta mudah alih.