MENU
 

KHAS UNTUK PENGGUNA

pangkah

.MPAJBot

Khas untuk pengguna - Kod QR

Sila imbas kod QR untuk mengakses perkhidmatan kami atau klik pautan berikut. Layari pautan dengan menggunakan Google Chrome.

SISTEM KOMUNITI PINTAR- ICOMMSISTEM KOMUNITI PINTAR- ICOMMSila imbas kod QR untuk Bayar Bil / Kompaun atau klik pautan berikut.

Terima kasih kerana melayari laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Bantu kami memperbaiki perkhidmatan kami. BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN ONLINE

1. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 15 JULAI 2022 di Aras 4, Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (8.00 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 4.45 petang hari Isnin - Khamis & 8.00 pagi - 12.15 tengah hari, 2.45 petang - 4.45 petang Jumaat sahaja)

3. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

4. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.

5. Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

8. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran dan taklimat.

9. Penyebut harga yang menyertai perolehan ini, perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang berurusan dengan pihak Majlis.

10. Penyebut harga juga digalakkan mengemukakan semula dokumen pelawaan lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada tarikh tutup sebut harga.

11. Pihak syarikat diwajibkan mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta DUA (2) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM dan UPEN yang masih sah.

12. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam notis sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.

13. Untuk melihat iklan yang lengkap, sila layari laman sesawang rasmi Majlis di www.mpaj.gov.my.

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 07/01/04-324/2022
Tender Closing Date: 
Thursday, 4 August 2022