MENU
 

MCC

Berkuat kuasa 1 Mac 2024, MPAJ telah melantik Felda D’Saji bagi menguruskan dan tempahan penggunaan Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati. 

Sekiranya tuan/puan berminat menggunakan lokasi tersebut boleh berhubung terus dengan pihak Felda D’Saji.

Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati merupakan projek pembangunan berbentuk kemudahan masyarakat yang dibiayai oleh Kerajaaan Negeri Selangor, MPAJ dan sumbangan pembangunan oleh pemaju Sime Darby bermula tahun 2018. Projek ini telah siap sepenuhnya pada 27 Oktober 2023 dengan kos berjumlah RM31.6 juta. Ianya meliputi komposisi 60% pembangunan taman awam dan 40% Pusat konvensyen yang menerapkan inisiatif dan elemen hijau yang telah dirasmikan YAB. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 6 Februari 2024.

Klik pada pautan video  : https://www.youtube.com/watch?v=-gHAf6lE5XM

Klik pada pautan soalan lazim :
https://www.mpaj.gov.my/ms/soalan-lazim

#31TahunMPAJ
#MPAJBandarBungaTanjung 
#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni