MENU
 
Name : Mr. Ahmad Alhairi bin Mohamed Yusuf, PPT
Position : Director (Architect / J52)
E-mail : alhairi [at] mpaj [dot] gov [dot] my
No. Phone : 03-4285 7070
Level : 10

 

FUNGSI BAHAGIAN JABATAN BANGUNAN & SENIBINA

BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN (BKP)

  • Menerima dan memproses permohonan kelulusan projek pembangunan bagi perumahan, perniagaan, kilang,banglo dan lain- lain pembangunan serta permit bangunan sementara.
  • Membuat pemantauan ke atas projek dalam pembinaan.
  • Membuat lawatan tapak selepas borang G1-G21 diterima sebelum penerimaan Borang CCC dari OSC.
  • Memproses permohonan SKM.
  • Mengeluarkan ulasan untuk kebenaran Merancang ke OSC.
  • Membawa permohonan ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk kelulusan.
  • Membuat tindakan penguatkuasaan dan mengeluarkan Notis, & Kompaun .
  • Mengambiil tindakan ke atas aduan bagi projek pembangunan yang diterima.
  • Menyediakan statistik bagi projek pembangunan.

 

BAHAGIAN KAWALAN UBAHSUAI BANGUNAN (BKUB)

  • Pemantauan tapak bagi kelulusan permohonan pelan tambahan dan ubahsuai ke atas bangunan kediaman sedia ada, jenis Teres, Banglo , Semi-D dan sebagainya.
  • Menyemak dan pemantauan tapak bagi kelulusan permohonan tambahan dan ubahsuai bagi pelan kedai, kilang, stesyen minyak, bangunan perniagaan, masjid/surau dan kemudahan awam.
  • Menyemak dan mengesahkan bagi proses tuntutan permohonan pemulangan wang cagaran.
  • Pemantauan tapak bagi kelulusan permohonan permit ubahsuai dalaman bagi rumah teres, rumah bertingkat, kedai/pejabat dan restoran.
  • Menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas aduan tambahan & ubahsuai bangunan bagi pengeluarkan Notis, kompaun, Menyediakan kertas siasatan untuk pendakwaan serta mengetuai tindakan perobohan dengan bantuan Jabatan Penguatkuasa, MPAJ.  

 

BAHAGIAN TELCO DAN BILLBOARD (BTB)

  • Menerima & menyemak permohonan struktur telekomunikasi yang dikemukakan oleh syarikat telekomunikasi melalui Bahagian OSC, MPAJ.
  • Mengeluarkan ulasan dalam tempoh yang ditetapkan dan dikemukakan ke Bahagian OSC.
  • Menyediakan kertas kerja mesyuarat untuk dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
  • Menerima dan memproses dan meluluskan pelan-pelan struktur menara dan alat pemancar telekomunikasi dan billboard.
  • Membuat pemeriksaan berkala berkaitan dengan pembinaan menara dan pemancar telekomunikasi dan billboard.
  • Mengurus permohonan pembaharuan permit tahunan struktur menara telekomunikasi setiap tahun selaras dengan pembinaan di tapak.
  • Mengurus permohonan pembaharuan permit tahunan struktur billboard berdasarkan kelulusan lesen billboard diperbaharui.
  • Menyediakan data induk statistik permohonan struktur menara telekomunikasi dan billboard.
  • Mengurus tindakan penguatkuasaan ke atas pembinaan struktur telekomunikasi dan billboard yang tidak mendapat kebenaran serta yang tidak diperbaharui kelulusan.
  • Pengurusan aduan struktur telekomunikasi & billboard. ​ 

 

BAHAGIAN PROJEK

1) Unit Pengurusan Projek

  • Menerima dan melaksanakan projek Majlis projek Majlis dari Pengurusan Tertinggi MPAJ. (Sebagai wakil Pegawai Penguasa).
  • Menyediakan Brief projek, Schematic design berdasarkan anggaran kos serta kerja untuk pelantikan perunding.
  • Menyemak pelan rekabentuk akhir dan pelan bangunan serta menyediakan kertas untuk Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk kelulusan.
  • Mengendalikan Mesyuarat Klien / Perunding, Mesyuarat Tapak dan lain-lain mesyuarat yang berkaitan.
  • Membuat pemantauan kerja-kerja ditapak pembinaan sehingga penerimaan CCC.
  • Membuat penyerahan penyelenggaraan kepada jabatan yang berkenaan.

 

2) Unit Rekabentuk Senibina

  • Menerima permohonan dan menyediakan Brief projek, Schematic design.
  • Menyediakan lukisan cadangan pembinaan projek.
  • Memantau kerja-kerja pembinaan di tapak.
  • Mengadakan lawatan akhir bagi pemeriksaan tapak projek.
  • Menyediakan kawalan rekod projek.

 

3) Unit R&D

  • Mengumpul data-data dan membuat kajiselidik serta melaksanakan kerja-kerja berkaitan Penyelidikan dan Pembangunan projek.

 

4) Unit Rekabentuk Dalaman

  • Menyediakan     rekabentuk     dalaman     untuk     bangunan     Majlis berdasarkan arahan dari pihak Pengurusan tertinggi.

 

5) Unit OKU

  • Menyediakan    garispanduan     keperluan    OKU    bagi    pematuhan permohonan Kelulusan Pelan Bangunan.
  • Menguruskan taklimat dan simulasi OKU jika diperlukan.

 

6) Unit GIS

  • Menguruskan maklumat terperinci pemilik bangunan dalam Bahagian Kawalan Ubahsuai Bangunan dan merekodkan maklumat tersebut didalam sistem GIS MPAJ.

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Melaksanakan urusan pentadbiran Jabatan Bangunan dan Senibina berkaitan dengan urusan kakitangan (cuti kakitangan, kenderaan Jabatan, elaun dan yang berkaitan).
  • Mengawal semua rekod-rekod fail Jabatan.
  • Merekod dan menyimpan semua keputusan Mesyuarat berkaitan dengan Jabatan Bangunan dan Senibina
  • Merekod dan mengawal semua peralatan pejabat yang di terima dari Jabatan Khidmat Pengurusan
  • Menyediakan surat-menyurat kelulusan permohonan untuk dalaman dan luaran.

 

CARTA FUNGSI JABATAN BANGUNAN & SENIBINA

Sila klik untuk paparan lebih jelas

 

CARTA ORGANISASI JABATAN BANGUNAN & SENIBINA

carta JBS 2024

 

Sila klik untuk paparan lebih jelas