MENU
 
Name : Mr. Addy Hissham Bin Haji Elias, PPT
Position : Director (KP52)
E-mail : addy [at] mpaj [dot] gov [dot] my
No. Phone : 03-4296 8020
No. Faxs : 03-4285 7352
Level : 8

 

FUNGSI BAHAGIAN JABATAN PENGUATKUASA

  1. Matlamat Jabatan :
  • Membantu Majlis Perbandaran Ampang Jaya menjadikan Ampang Jaya sebagai salah satu kawasan pentadbiran yang tersususn dan berkembang maju dalam Negeri Selangor.

 

  1. Fungsi Jabatan :
  • Menguatkuasa undang-undang mengikut peraturan yang diperuntukkan dan di guna pakai di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap dan pantas berdasarkan aduan-aduan yang diterima.
  • Membantu memperbaiki imej Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan membentuk sebuah pasukan penguatkuasaan undang-undang yang cekap, tegas, berani dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa jua situasi.

 

  1. Fungsi Bahagian :
  1. Bahagian Pentadbiran :
  • Menjalankan tugas - tugas pentadbiran am.
  • Bertanggungjawab mengendalikan semua tugas yang berkaitan.
  • Mengkaji struktur organisasi jabatan.
  • Menyelenggara rekod dan dokumen berkaitan proses kerja Bahagian Penguatkuasan seperti kedatangan, elaun kerja lebih masa (OT) cuti, dan tuntutan kewangan dan pengeluaran barang sitaan.
  • Merancang, melaksana, dan memantau perbelanjaan yang diperuntukkan kepada bahagian.
  • Mengurus, menyelia dan mengawal penggunaan aset Bahagian seperti alat perhubungan, kenderaan, bekalan dan lain-lain.
  • Menyelia dan merekod aduan, notis dan tawaran kompaun.
  • Menguruskan hal ehwal bekalan seperti pembelian dan pengagihan bekalan mengikut peruntukan yang diluluskan seperti pakaian seragam anggota, kasut, aksesori dan lain-lain.

 

  1. Bahagian Pengurusan Maklumat, Pengurusan Kualiti dan Risiko
  • Menjadi pusat maklumat dan data setempat.
  • Pengurusan kualiti dan risiko jabatan.
  • Mengurus tadbir berkaitan logistik dan peralatan.
  • Membuat kawalan dan pemantuan di bilik CCTV

 

  1. Bahagian Siasatan Aduan
  • Menerima dan merekodkan aduan dalam sistem dan buku aduan.
  • Memastikan aduan diambil tindakan segera dan maklumbalas kepada pengadu dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Menyiasat kes-kes aduan berkaitan perkara-perkara di dalam skop kerja bahagian yang diluluskan oleh pegawai.
  • Menyelenggara rekod dan dokumen berkaitan proses kerja unit.
  • Mengemaskini aduan setelah tindakan diambil.
  • Menyediakan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan.
  • Menyelesaikan aduan binatang berbisa seperti lebah dan tebuan dalam masa 3 hari bekerja.

 

  1. Bahagian Rondaan :
  • Mengeluarkan notis , kompaun keatas sebarang pelanggaran undang-undang.
  • Membuat pemantauan ke atas premis perniagaan serta taman-taman perumahan di kawasan MPAJ.
  • Memastikan pemantauan pusat siber dan kafe siber, rumah urut, pusat hiburan dan pusat snooker dilalukan dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan tugas - tugas sampingan kawalan keramaian, keselamatan, bantuan bencana alam dan pilihanraya .
  • Melaksanakan tindakan pemantauan dan rondaan berjadual .
  • Memberi perkhidmatan segera terhadap aduan pencemaran alam sekitar seperti pembuangan sampah kebakaran dan bencana alam .
  • Mengadakan perjumpaan dengan JKP bagi mendapatkan maklumbalas penduduk.
  • Mengawal menyelaras dan memastikan kawasan lalulintas MPAJ dalam keadaan baik dan terkawal.

 

  1. Bahagian Tunda Kereta :
  • Menjalankan operasi tunda di kawasan tempat letak kereta.
  • Mengeluarkan dan mengambil tindakan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (MPAJ) 2007.
  • Menjalankan operasi ke atas kereta buruk
  • Membuat kawalan keselamatan dan kawalan lalulintas bagi kawalan sekolah, program – program di kawasan di MPAJ.
  • Membuat kawalan dan mengiringi Menteri Besar Selangor.
  • Melaksanakan tindakan pemantauan dan rondaan trafik berjadual.
  • Beroperasi untuk memberi perkhidmatan kepada penduudk bagi kawasan MPAJ.
  • Mengawal menyelaras dan memastikan kawasan lalulintas MPAJ dalam keadaan baik dan
    terkawal.

 

  1. Unit Kawal Selia Tempat Letak Kereta 
  • Pengeluaran kompaun trafik ke atas sebarang pelanggaran undang-undang.
  •  Kemasukan data kompaun ke dalam sistem kompaun.
  • Menyediakan saman bagi kompaun yang tidak berbayar.
  • Menerima dan merekodkan aduan dalam sistem dan buku aduan.
  • Menyelenggara rekod dan dokumen berkaitan proses kerja unit.

 

  1. Unit Kapit Tayar
  • Menjalankan operasi kunci tayar di kawasan tempat letak kereta .
  • Mengeluarkan dan mengambil tindakan di bawah Perintah Pengakutan jalan (MPAJ) 2007.
  • Membuat kawalan keselamatan dan kawalan lalulintas bagi kawalan sekolah, program - program di kawasan MPAJ.
  • Membuat kawalan dan mengiringi Menteri Besar Selangor .
  • Melaksanakan tindakan pemantauan dan rondaan trafik berjadual .
  • Beroperasi untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk bagi kawasan MPAJ.
  • Mengawal menyelaras dan memastikan kawasan lalulintas MPAJ dalam keadaan baik dan terkawal

 

  1. Bahagian Pendakwaan
  • Kemasukan data kompaun ke dalam sistem kompaun.
  • Menyediakan saman bagi kompaun yang tidak berbayar.
  • Menyediakan notis peringatan ke atas kompaun tidak berbayar.
  • Menyerahkan saman kepada Orang kena saman (OKS).
  • Menyediakan IP untuk tindakan pendakwaan.
  • Menyelaras tindakan penguatkuasaan seperti penyelesaian kompaun tertunggak.
  • Membuat kertas siasatan kesalahan non trafik dan tarfik untuk tindakan undang-undang.
  • Menjadi sumber rujukan mengenai apa-apa masalah perundangan penguatkuasaan yang timbul.
  • Menjalankan apa-apa tugasan lain yang bersifat undang-undang dari masa ke semasa yang dirujukkan ke jabatan ini.

 

CARTA ORGANISASI JABATAN PENGUATKUASA

Sila klik untuk paparan lebih jelas