Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Bil .1/2010 [maklumat lanjut]
Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan di adakan pada 5hb Februari 2010(Jumaat), bertempat di Pasaraya Carrefour, Ampang bermula pukul 9.00 hingga 11.30 pagi. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai[maklumat lanjut]
Seminar Pendidikan Lanjutan PeBT MPAJ 2010 Sesi Dialog Bersama JPTA & JPTS[maklumat lanjut]
Kursus Solekan Persendirian dan Manucure(Rawatan Kuku Tangan) akan diadakan pada 06hb. Februari 2010, pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Bilik VIP, Aras 5, Menara MPAJ.[maklumat lanjut]
Bengkel Usahawan Solekan Andaman dan "Facial" akan diadakan pada 7hb. Februari 2010, pukul 8.30 pago hingga 2.00 petang bertempat di bilik VIP Aras 5, Menara MPAJ. [maklumat lanjut]
Kursus/ Program Anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2010[maklumat lanjut]
Keputusan Sebutharga Bil 6/2009 dan Bil 7/2009 [maklumat lanjut]
Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah membuka Kaunter Bergerak di Pasar-Pasar Pagi Sekitar Ampang Jaya bagi memudahkan orang ramai membayar cukai dan menyemak cukai taksiran Penggal Pertama 2010. [maklumat lanjut]
Cukai Taksiran, MPAJ ke Penggal Pertama (Januari-Jun) 2010 MPAJ telah menghantar bil-bil Cukai Taksiran Majlis sebanyak 160,000 kepada pemilik harta dalam kawasan Pentadbiran Majlis. Pemilik harta dijangka menerima bil-bil ini pada Disember 2009. Dimaklumkan juga, Cukai Taksiran (Cukai Pintu) hendaklah dijelaskan SEBELUM ATAU PADA 28 FEBRUARI 2010. Mana-mana pemilik yang masih belum menjelaskan Cukai Taksiran (Cukai Pintu) mereka dalam tempoh tersebut akan dikenakan DENDA LEWAT SEBANYAK RM 20 (flate rate). Kegagalan menjelaskan bayaran dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis boleh menyebabkan harta pemilik disita di bawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta ini membolehkan “pegawai Majlis menyita menurut waran itu apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungjawab membayarnya yang dijumpai dalam kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan juga boleh menyita apa-apa harta alih kepunyaan sesiapa juga yang dijumpai pada harta yang mempunyai tunggakan perlu dibayar”.[maklumat lanjut]
MPAJ akan membuka kaunter kutipan bayaran cukai Taksiran di pasaraya kawasan Ampang Jaya bermula 11 Januari 2010 hingga 28 Februari 2010... [maklumat lanjut]
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ingin memaklumkan bahawa penjualan Salinan Laporan Tanah Runtuh, Bukit Antarabangsa telah mula dijual dan boleh diperolehi di Lobi, Menara MPAJ. Walau bagaimanapun salinan yang dibuat adalah terhad dan individu yang telah membuat tempahan akan diberi keutamaan.Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Hazliana Zahar 019-2214069.
Senarai pemaju dan syarikat mempunyai tunggakan cukai taksiran sehingga 30 Oktober 2009 [maklumat lanjut]
Pembaharuan Lesen Perniagaan di 11 Pasaraya Sekitar Ampang. Bagi memudahkan urusan memperbaharui lesen perniagaan para peniaga di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis telah pun membuka kaunter di sebelas (11) buah pasaraya terpilih pada 19 Oktober hingga 31 Disember 2009. [maklumat lanjut]
Program Publisiti & Penyertaan Awam Secara Serentak Lima (5) Draf Rancangan Tempatan Negeri Selangor .Untuk maklumat lanjut sila hubungi Majlis Perbandaran Ampang Jaya di talian 03 - 42968008 atau melayari web-web berikut :-
Ulu Klang terletak di hulu Sungai Kelang, timur laut Kuala Lumpur. Tempat yang berhampiran ialah Kuala Lumpur, Batu Caves, Taman Melati, Taman Melawati,Taman Permata, Ampang, Setapak, Bukit Belacan dan Lembah Keramat. [Lagi]
Kejadian Tanah Runtuh
Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008, kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). [Lagi]
Renungan:- "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma'ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tarmizi dan Abu Dhar)".