Berapakah Kadar bayaran dikenakan bagi pembelian Tatatur?
Seperti Lampiran A.
2.
Berapa lamakah tempoh bagi proses permohonan kebenaran merancang?
Tempoh bagi proses permohonan kebenaran merancang adalah 108 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap.
3.
Berapa lamakah tempoh sah laku Pelan selepas kelulusan kebenaran merancang?
Tempoh sah laku pelan kebenaran merancang adalah selama 1tahun selepas tarikh kelulusan dalam mesyuarat jawatankuasa OSC jika tiada sebarang kerja tanah dilakukan di tapak.
4.
Apakah proses seterusnya selepas kebenaran merancang diluluskan?
Perlu mengemukakan Pelan-Pelan berikut untuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya:-
A) Pelan Kerja Tanah (JABATAN KEJURUTERAAN) B) Pelan Infrastruktur (JABATAN KEJURUTERAAN) C) Pelan Bangunan (JABATAN BANGUNAN & SENIBINA) D) Pelan Landskap ( JABATAN BELIA DAN MASYARAKAT) E) Sijil Kelayakan menduduki /CCC (JABATAN BANGUNAN & SENIBINA) (Semua permohonan perlu dikemukakan ke kaunter OSC Pembangunan)
5.
Berapa lamakah tempoh masa yang diberikan pada Lot berjiran untuk mengemukakan pandangan atau bantahan?
21 hari dari tarikh notis disampaikan mengikut Seksyen 21(6), AKTA 172.
6.
Bagaimanakah cara untuk mengemukakan/menjawab notis bantahan?
Melalui e-mail, surat dan faks ke Jabatan, Jika terdapat sebarang pertanyaan , boleh merujuk terus ke Jabatan Perancang Bandar melalui di Talian 03-42968008 atau terus ke Jabatan Perancang Bandar.