Jumlah Pelawat : 789976
Tarikh Akhir Dikemaskini : 27 Mac 2012
Jum, 18 Mei 12
Kuala Lumpur & Putrajaya
Subuh
5:41 am
Syuruk
7:03 am
Zuhur
1:11 pm
Asar
4:35 pm
Maghrib
7:20 pm
Isya'
8:32 pm
Jabatan Undang-Undang
1.
Adakah kadar kompaun boleh dirayu atau dikurangkan?
Tidak semua kompaun boleh dikurangkan .Ianya akan merujuk kepada garis panduan kadar kompaun yang diluluskan oleh pihak majlis. Rayuan pengurangan juga boleh dipertimbangkan berdasarkan kes yang dihadapi.
2.
Di mana letaknya Menara MPAJ?
Menara MPAJ terletak di Jalan Pandan Utama , Pandan Indah berhadapan dengan bangunan Maxisegar.
3.
Selain bayaran boleh dibuat di Menara MPAJ, adakah pembayaran kompaun boleh dibuat di pejabat cawangan Taman Melawati?
Ya, selain daripada Menara MPAJ , pembayaran kompaun juga boleh dibuat di Pejabat CAwangan Taman Melawati yang beralamat di :- Pejabat Cawangan Melawati, Taman Melawati , Bazaar MPAJ, Jalan Bandar, Taman Melawati, Hulu Kelang,Selangor Darul Ehsan. Isnin-Jumaat : 8.00 pagi- 5.00 petang & Sabtu : 9.00 pagi- 2.00 petang
4.
Mengapa kompaun masih dikeluarkan sedangkan, pas bulanan (season parking) telah dibeli dan dipamerkan?
Pas bulanan mungkin tidak dipamerkan di cermin kereta atau “dashboard” atau tidak kelihatan di tempat yang mudah dilihat oleh pegawai bertugas.
5.
Mengapa anggota penguatkuasa mengeluarkan kompaun sedangkan pemilik kenderaan sedang membeli tiket?
Semasa anggota penguatkuasa membuat pemeriksaan ke atas kenderaan –kenderaan di tempat letak kereta tiada tiket dipamerkan di “dashboard” atau cermin kereta atau tempat yang mudah dilihat.
6.
Kenapa kompaun dikenakan ke atas kenderaan yang diletakkan untuk menjalankan atau sedang maemunggah barang dalam tempoh yang singkat?
Mana-mana kenderaan yang meletakkan kenderaan di tempat letak kereta hendaklah membuat bayaran dan tiada pengecualian bagi kenderaan –kenderaan yang menjalankan kerja-kerja pemunggahan.
7.
Kompaun telah dibayar, mengapa masih dapat notis peringatan?
Rekod bayaran mungkin masih belum dikemaskini atau masalah-masalah teknikal seperti sistem tergandala. Pihak tuan boleh mengabaikan notis tersebut jika telah membuat bayaran kompaun.
Jumlah Pelawat : 775
Tarikh Akhir Dikemaskini : 16 Mei 2012