PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Kepada Pelanggan-pelanggan MPAJ, berikut adalah komitmen dan janji kami untuk memberi perkhidmatan kepada tuan-tuan dan puan-puan. Antaranya :

1. SURAT MENYURAT DAN PENGURUSAN ADUAN

1.1 Surat-surat permohonan, makluman,aduan dan lain-lain surat yang diterima dijawab dalam tempoh 14 hari.

1.2 Aduan-aduan yang diterima diambil tindakan serta-merta atau dalam tempoh 7 hari bagi aduan melibatkan sampah, kebersihan dan serangga berbisa. Manakala aduan-aduan yang melibatkan kos yang tinggi akan dilaksanakan/diambil tindakan dalam tempoh 1 bulan.

1.3 Kerja-kerja dalam kategori kecemasan / bencana dibuat serta-merta.

2. KAWALAN PEMBANGUNAN

2.1 Permohonan kelulusan pelan-pelan pembangunan iaitu Kebenaran Merancang, Kerja Tanah, Infrastruktur, Bangunan dan Lanskap diproses dan diberi jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

2.2 Kelulusan pelan ubahsuai rumah dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bekerja, tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan.

2.3 Kelulusan permohonan permit dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bekerja tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan

3. KAWALAN PERNIAGAAN

3.1 Permohonan lesen perniagaan dan lesen papan iklan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja bagi perniagaan yang tidak berisiko tinggi. Bagi perniagaan yang memerlukan pemeriksaan fizikal/berisiko akan diluluskan dalam masa 14 hari bekerja .

3.2 Lesen hiburan akan diluluskan dalam masa 32 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.

3.3 Kelulusan permit sementara menggantung banner/bunting dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.

4. PENGURUSAN CUKAI TAKSIRAN

4.1 Permohonan menukar alamat surat menyurat bagi urusan cukai taksiran diproses dan diselesaikan dalam tempoh 1 hari bekerja.

4.2 Permohonan pengecualian cukai (remisi) bagi premis yang kosong/ tidak diduduki diluluskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan. 

4.3 Bil cukai taksiran disampaikan kepada pemilik harta sebelum 1 Januari bagi penggal pertama dan sebelum 1 Julai bagi penggal kedua setiap tahun.

[seterusnya]
PROFAIL YDP
PROFAIL AHLI MAJLIS
SEJARAH MPAJ
PIAGAM PELANGGAN
MISI & VISI
LATARBELAKANG MPAJ
MAKLUMAT AM MPAJ
CARTA ORGANISASI
MS ISO 9001 : 2000
ANUGERAH
LOKASI MPAJ
KAUNTER BAYARAN
KEMUDAHAN
PERUNDANGAN
BELANJAWAN
PELANCONGAN
LAMAN UTAMA ORGANISASI SOALAN LAZIM PETA LAMAN HOTLINE HUBUNGI KAMI WEB ADMIN WEB-MAIL
[ Amalan 5S ] [ Konsep 5E ] [ Konsep 6M ] [ Tonggak12 ]
PEJABAT MB
PEJABAT DAERAH
PB TEMPATAN
KERAJAAN NEGERI
MAKLUMAT MPAJ
JADUAL PUNGUTAN SAMPAH
TEMPAT LETAK KERETA
MAKLUMAN KESIHATAN
KITAR SEMULA
AKTIVITI PASAR
OPERASI SITA
OPERASI TUNDA
PROGRAM/AKTIVITI
PUSAT KOMUNITI IT
SUASA EFEKTIF
PERMOHONAN
TENDER || JAWATAN KOSONG || E-BANKING 
Hakcipta @ 2007 terpelihara, Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Penafian : Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan  
oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Laman Web ini sesuai dilayari oleh semua jenis pelayar web dan resolusi terbaik adalah 800x600 ke atas.
[ Mail MPAJ ] [ Web Master MPAJ ] [ E-MPAJ]