Pusat Khidmat Setempat OSC berfungsi untuk menerima permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan jalan dan perparitan secara serentak supaya dapat diedarkan kepada jabatan teknikal yang berkaitan untuk mendapat ulasan dan pandangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.Menerusi Pusat Setempat tempoh masa memproses permohonan cadangan pemajuan secara serentak dapat dipendekkan kepada 4 hingga 6 bulan berbanding dahulunya yang memakan masa 3 hingga 5 tahun.Ini sekaligus dapat meningkatkan sistem penyampaian di peringkat PBT.Tempoh 4 bulan adalah untuk projek terpilih sahaja iaitu projek bina kemudian jual, projek berimpak tinggi, projek pelabuhan asing dan projek kerajaan.Sementara bagi projek lain, norma masa memproses adalah 6 bulan.
Tujuan Penubuhan Pusat Khidmat Setempat OSC
Memantapkan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan selaras dengan peruntukan Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172),Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974(Akta 133).
Mewujudkan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan yang telus dan seragam bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui penubuhan Pusat Setempat.
Membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan dengan permohonan cadangan pemajuan dengan menyediakan carta alir yang jelas dan telus.
Matlamat Pusat Khidmat Setempat OSC
Memendekkan norma masa memproses permohonan cadangan pemajuan serta meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses cadangan pemajuan dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Peranan Pusat Khidmat Setempat OSC
Menyelaraskan dan memproses permohonan kebenaran merancang, pelan kejuruteraan, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah di bawah peruntukan Seksyen 124A dan 204D KTN;
Memaklumkan keputusan kelulusan bagi permohonan kebenaran merancang pelan kejuruteraan dan pelan bangunan kepada pemohon;
Menyediakan laporan status permohonan.
Jenis-jenis Permohonan Yang Diterima di OSC
Permohonan Pelan Kebenaran Merancang
Permohonan Pelan Susunatur
Permohonan Perlanjutan / Perlanjutan Tambahan Kebenaran Merancang.
Permohonan Cadangan Nama Taman / Alamat.
Permohonan Pelan Kejuruteraan (Kerja Tanah)
Permohonan Pelan Kejuruteraan (Infrastruktur Lampu Jalan dan Taman)
Permohonan Pelan Bangunan.
Permohonan Pelan Landskap
Jumlah Pelawat : 1593
Tarikh Akhir Dikemaskini : 23 Mei 2011