MENU
 

1. Kontraktor diwajibkan menghadiri pendaftaran dan taklimat. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri pendaftaran dan taklimat ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 25 MEI 2022 di GALERI ARAS 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (8.00 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 4.45 petang hari Isnin - Khamis & 8.00 pagi - 12.15 tengah hari, 2.45 petang - 4.45 petang Jumaat sahaja)

3. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam 2 SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.

4. Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

5. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. 

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

7. Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

8. Pihak syarikat di wajibkan mempunyai email rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan MOF, SSM, Lesen KDN yang masih dan UPEN yang masih sah. Kegagalan pihak syarikat membawa dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.

9. Untuk melihat iklan yang lengkap, sila layari laman sesawang rasmi Majlis di www.mpaj.gov.my.

Tender Ref: 
MPAJ 08/03/04-132/2022
Tender Closing Date: 
Selasa, 14 Jun 2022