MENU

1. Setiap dokumen sebut harga dijual dengan harga RM 100.00 sahaja. Wang pembayaran tidak akan dikembalikan.
2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 10 OKTOBER 2019  di Kaunter Aras 16 Bahagian Ukur Bahan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja di antara pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan 2.00 hingga 5.00 petang (Isnin hingga Khamis) dan 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 2.45 hingga 5.00 petang (Jumaat)
3. Penyebut harga hendaklah menyerahkan SIJIL PENDAFTARAN SALINAN SEPERTI DISYARATKAN melalui  serahan tangan di Kaunter Aras 16 di Kaunter Bahagian Ukur Bahan untuk  sebelum dibenarkan menyertai tawaran tersebut.
4. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran 5. Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
6. Dokumen Sebut harga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga seperti tertera di atas.
7. Bagi kerja ini, Majlis akan menggunakan sistem icomm.mpaj.gov.my sepenuhnya. Penyebut Harga perlulah menghantar SALINAN SIJIL SSM, CIDB MALAYSIA, SPKK, STB dan UPEN dalam kod bidang yang berkaitan. Kegagalan penyebut harga menghantar dokumen seperti yang dimohon melalui serahan tangan akan menyebabkan pihak penyebut harga gagal menyertai tawaran ini. Pihak syarikat perlu menghubungi terus dengan Bahagian Ukur Bahan untuk Pendaftaran di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
8. Penjualan Dokumen akan dibuat sepenuhnya melalui sistem ICOMM e-tender MPAJ dan sebut harga boleh dimuat turun melalui laman sesawang icomm.mpaj.gov.my dan wajib dibukukan / didokumentasikan.
9. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
10. Tarikh akhir penjualan Dokumen Sebut harga adalah pada 17 OKTOBER 2019 sebelum pukul 12.00 PM. Dokumen Sebut Harga tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
11. Penyebut harga yang menyertai perolehan ini perlu berdaftar dengan sistem ICOMM etender MPAJ dan yuran pendaftaran adalah berjumlah RM100.00 sekali sepanjang menyertai perolehan di MPAJ.
12. Penyebut Harga di WAJIBKAN mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM.

Tender Ref: 
MPAJ 08/01/02-053/2019
Tender Closing Date: 
Khamis, 17 Oktober 2019