MENU
 
  • Setelah menerima pengesahan pembayaran wang cagaran perkhidmatan kutipan dan pelupusan sisa bangunan akan diberikan dengan kadar harga perkhidmatan mengikut kadar yang ditetapkan.
  • Majlis akan menghantar tong mengikut saiz yang diperlukan setelah berbincang dengan pemohon sehari sebelum kerja-kerja tambahan dan pindaan rumah dilaksanakan.
  • Surat pengesahan penghantaran tong akan dikeluarkan yang akan ditandatangani dan disahkan oleh pemohon.
  • Tong akan ditarik dalam jangkamasa 21 hari dari tarikh penghantaran atau sebaik sahaja penuh mana terdahulu. Sekiranya tong telah penuh sebelum jangkamasa 21 hari, pemohon boleh menghubungi Majlis untuk menarik keluar tong yang telah penuh tersebut.
  • Setelah kerja-kerja tambahan dan pindaan rumah selesai dilaksanakan. Majlis akan membuat pemeriksaan pembersihan kawasan secara keseluruhan sebelum tong yang terakhir ditarik keluar.
  • Majlis akan memulangkan wang cagaran pemohon berdasarkan kos perkhidmatan kutipan dan pelupusan sisa bangunan yang telah dilaksanakan oleh Majlis.
  • Tidak dibenarkan sebarang pembakaran dibuat di kawasan tapak termasuk di dalam tong. Sekiranya didapati ada pembakaran dibuat di dalam tong , bayaran penyelenggaraan tong sebanyak RM 500.00 akan dikenakan kepada pemohon.
  • Dilarang membuang bahan-bahan mudah bakar, cat, asid, sisa toksid, larutan kimia dan sebagainya ke dalam tong.
  • Borang pemohonan boleh di dapati di Menara MPAJ dengan harga RM 5.00

Syarat-syarat Permohonan

  • Permohonan bagi kerja-kerja tambahan dan pindaan rumah kediaman dan bangunan sedia ada adalah diwajibkan membayar wang cagaran.