MENU
 
  1. Lakaran visual papan iklan hendaklah berwarna dan bersaiz A4 serta berukuran dalam meter persegi.
  2. Saiz perkataan Bahasa Melayu hendaklah 30% lebih besar daripada nama syarikat dan lain-lain bahasa dan diutamakan dari segi kedudukan.
  3. Visual hendaklah memaparkan perkataan dengan ejaan dan penggunaan tatabahasa yang betul.
  4. Jika perniagaan bukan didaftarkan dalam Bahasa Melayu, ia tidak perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, iklan tersebut hendaklah menyatakan aktvitinya dalam Bahasa Melayu.
  5. Pemohon boleh berhubung terus dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, Bukit Petaling, 50460, Kuala Lumpur bagi pengesahan penggunaan bahasa pada papan iklan. No. Telefon : 03-2147 9000 / 9601. Emel : webmaster [at] dbp [dot] gov [dot] my.
  6. Meletakkan no. rujukan lesen perniagaan di bahagian bawah sebelah kanan papan iklan.
  7. Tidak mempamerkan sebarang visual kurang sopan atau menyentuh sensiviti mana-mana kaum @ agama.

 

Contoh Lakaran Visual Papan Iklan