MENU
  • Seksyen
: 21(1)
Peruntukan
:

Sesuatu permohonan bagi Kebenaran Merancang berkenaan dengan suatu pemajuan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan dan perlu melampirkan butir-butir dokumen, pelan dan fi yang ditetapkan.

     
     
  • Seksyen
: 21(6)
Peruntukan
:

Sekiranya kawasan pemajuan tersebut tidak mempunyai rancangan tempatan pada masa ini pihak berkuasa perancang tempatan perlu memberi notis secara bertulis kepada pemunya tanah berjiran untuk membuat sebarang bantahan terhadap permohonan kebenaran merancang yang diterima dalam masa dua puluh satu hari.

     
     
  • Seksyen
: 21(7)
Peruntukan
:

Sekiranya ada bantahan diterima , pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah dalam masa 30 puluh sau hari untuk mendengar :

   
  1. pemohon untuk kebenaran merancang itu

  2. mana-mana orang yang membantah menurut subseksyen 6

     
  • Seksyen
: 35A(1)
Peruntukan
:

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh membuat suatu perintah pemeliharaan pokok untuk memelihara pokok-pokok atau kelompok pokok dalam kawasannya,

     
     
  • Seksyen
: 35A(2)
Peruntukan
:

Suatu perintah pemeliharan pokok boleh mengadakan peruntukan

   
  1. melarang penebangan pokok kecuali dengan kebenaran bertulis

  2. memastikan penanaman atau penggantian pokok melalui penanaman semula mengikut cara yang ditentukan pihak berkuasa perancang tempatan

     
     
  • Seksyen
: 38(1)
Peruntukan
:

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh melalui pemberitahuan Warta Negeri mengisyhtiharkan kawasan itu sebagai suatu kawasan pemajuan pada bila-bila masa selepas menerima suatu rancangan tempatan untuk suatu kawasan khas.