MENU
 
Pencemaran boleh disebabkan oleh bakteria, toksin, atau racun semulajadi, bahan kimia seperti racun makhluk perosak, bendasing dan lain-lain. -Gejala-gejala keracunan makanan adalah seperti cirit-birit, loya, dan muntah,pening, perut memulas dan demam. -Keracunan makanan yang serius boleh membawa maut.

Panduan Membeli Makanan Yang Selamat :
-Belilah makanan yang dibungkus (dalam tin, balang, botol, plastik atau kotak yang tidak rosak)
-Bungkusan yang rosak boleh menyebabkan makanan dicemari oleh bakteria atau bendasing.
-Pastikan makanan tidak berkulat, bertukar warna, berbau busuk, atau berulat.
-Pastikan telur tidak retak atau pecah dengan membuka bekas telur dan perikasa di dalamnya.
-Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar iaitu tidak layu, bertukar warna atau berbau busuk.

Panduan Pengendalian Makanan Yang Selamat :
-Makanan yang mudah rosak hendaklah disimpan dalam peti sejuk pada tempat yang bersesuaian dengan segera contohnya seperti telur, susu, daging dan ikan.
-Pastikan ruang dapur dan alat perkakas dapur sentiasa dalam keadaan bersih

Langkah-Langkah Selamat Semasa Menyediakan Makanan:
-Balut semua jenis luka dijari dengan pembalut kalis air
-Elakkan bersin, batuk kedalam makanan
-Jangan merokok semasa menyediakan makanan
-Basuh perkakas yang telah jatuh ke lantai sebelum diguna semula
-Pastikan permukaan tempat penyediaan makanan adalah bersih