MENU
 
Apakah penyakit taun?
Penyakit taun adalah sejenis penyakit cirit birit yang mudah berjangkit dan sangat merbahaya. Ia adalah sejenis penyakit saluran penghadaman yang disebabkan oleh sejenis kuman yang halus.

Tanda dan gejala penyakit taun?
Cirit birit yang datang dengan tiba-tiba dan pengsan. Otot-otot menjadi tegang dan kejang kerap terjadi. Kulit badan menjadi kering dan pesakit selalu dahaga, lidah menjadi kering dan mata menjadi cengkung, muntah-muntah berterusan, terdapat tanda kejutan seperti tekanan darah yang rendah, denyutan jantung menjadi lemah dan perlahan dan kulit menjadi sejuk dan mengelembir. Pesakit mungkin tidak kencing kerana kekurangan air.

Apakah yang anda lakukan jika mendapat tanda-tanda tersebut?
Datanglah ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sebelum ke klinik minum air sebanyak yang boleh untuk mengelakkan kekeringan.

Apakah akibat jika lewat mendapat rawatan?
Kemungkinan meninggal dunia dalam masa beberapa jam sahaja. Ini disebabkan terlalu banyak cecair dalam tubuh hilang. Akibat cirit birit dan muntah berterusan.

Dimanakah terdapat kuman taun?
Kuman taun terdapat dalam najis dan muntah pesakit dan juga pada najis pembawa kuman taun.

Bagaimana penyakit taun merebak?
Melalui minuman dan makanan yang telah dicemar oleh najis dan muntah pesakit. Kuman taun boleh mencemarkan bekalan air minum jika tidak menggunakan tandas yang sempurna. Kuman taun dibawa oleh lalat yang dihinggap di atas najis dan seterusnya hinggap diatas makanan yang terdedah. Boleh berjangkit melalui tangan yang terkena najis atau muntah pesakit.